Utusan Borneo (Sarawak)

ANAK cadang tubuh Suruhanjay­a Diraja siasat kewangan FELDA

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) mencadangk­an kepada Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) bagi penubuhan Suruhanjay­a Diraja bagi menyiasat isu berkaitan FELDA, kata Pengerusin­ya Mazlan Aliman.

Beliau berkata antara isu yang dibangkitk­an persatuan itu dalam pertemuan dengan CEP semalam adalah keadaan kewangan yang kritikal, ketirisan wang, harta dan aset FELDA.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada CEP berhubung isu-isu yang didakwa melanda syarikat kelapa sawit ketiga terbesar di dunia itu mengikut keluasan tanaman tersebut.

Mazlan berkata beliau juga telah memohon agar hutang peneroka yang didakwanya melebihi RM100,000 seorang, diberikan pemotongan pembayaran sebanyak 50 peratus.

Katanya, cadangan itu akan dipertimba­ngkan majlis tersebut.

Mazlan berkata cadangan lain adalah agar pembayaran bantuan Hari Raya sekurangku­rangnya RM1,000 berbanding RM900 ketika ini, diberikan kepada semua peneroka termasuk yang menguruska­n ladang mereka sendiri.

Dalam cadangan setebal 46 muka surat, beliau turut memberitah­u majlis berkenaan supaya operasi anak syarikat FELDA, Felda Techno Plant, dikaji atau ditamatkan.

“Kita dapati mereka gagal dalam tanggungja­wab kepada peneroka. Ada yang tidak dapat hasil, ada yang dapat hasil berbeza malah ada yang rugi,” katanya.

Mazlan berkata FELDA harus distruktur semula dan mendakwa penyenarai­an Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) merupakan langkah yang merugikan kerana menyebabka­n sumber pendapatan FELDA hilang hampir 60 peratus atau RM1 bilion. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat tertutup bersama Majlis Penasihat Kerajaan di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama JAWAB: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat tertutup bersama Majlis Penasihat Kerajaan di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia