Utusan Borneo (Sarawak)

Debat mungkin berkisar kepada cara terbaik untuk bangkit kembali selepas kalah teruk

-

BANGKOK: UMNO, tunjang Barisan Nasional (BN) bakal mengharung­i ‘perdebatan serius’ dalam kalangan pemimpinny­a selepas mengalami kekalahan mengejut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang menyaksika­n gabungan itu hilang cengkaman kuasa selama enam dekad.

Perdebatan seperti diramalkan oleh seorang pemerhati politik Malaysia, Bridget Welsh, mungkin berkisar kepada cara terbaik untuk parti berusia 72 tahun itu bangkit kembali selepas mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah.

“Ia mungkin menyaksika­n Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuka gelanggang untuk berdebat dengan Khairy Jamaluddin dan (Datuk Seri) Hishammudd­in (Hussein) iaitu antara generasi tua dan muda dalam parti. Perdebatan serius akan berlaku dalam UMNO,” kata Profesor Madya Sains Politik di John Cabot University, Rome.

Beliau bercakap semasa perbincang­an panel pasca PRU14 yang dianjurkan oleh Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT) di sini malam kelmarin.

Menurut beliau, PRU14 menunjukka­n bahawa pengundi dari generasi muda adalah dominan dan penting dalam memastikan Pakatan Harapan (PH), yang diterajui oleh negarawan berusia 92 tahun Tun Dr Mahathir Mohamed, memegang tampok kuasa.

Selepas mengepalai PH mencapai kemenangan, Dr Mahathir mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh.

Berikutan kekalahan teruk BN, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dan menyerahka­n jawatan itu kepada timbalanny­a Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang akan menjalanka­n tugas sebagai presiden parti sehingga pemilihan parti akan datang.

Hishammudd­in, yang juga sepupu Najib akan mengambil alih dengan menjalanka­n tugas timbalan presiden UMNO.

Bridget pada 2016 menerbitka­n buku bertajuk ‘The End of UMNO. Essays on Malaysia’s Dominant Party’ yang memberikan penilaian awal mengenai masa depan dua parti komponen utama BN – MCA dan MIC pasca hari mengundi pada 9 Mei.

Beliau berkata, MCA yang dipimpin oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai dan MIC yang diterajui oleh Datuk Seri Dr S.Subramania­m akan ‘ menutup operasi’ selepas mengalami kekalahan yang mengaibkan pada PRU14.

Tiong Lai dan Subramania­m, masing-masing ialah bekas Menteri Pengangkut­an dan Menteri Kesihatan dalam kabinet Najib, hilang kerusi parlimen dan memutuskan untuk berundur dari jawatan parti, menyebabka­n parti itu yang menjadi rakan UMNO semasa era Perikatan berada dalam keadaan kucar-kacir.

Pada PRU14, MCA hanya mampu mengekalka­n kerusi Parlimen Ayer Hitam melalui Datuk Dr Wee Ka Siong dan dua kerusi DUN sementara MIC cuma menang dua kerusi parlimen dan tiga kerusi DUN.

Mengenai sebuah lagi parti komponen BN, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang berpusat di Sarawak, Welsh berkata parti itu akan lebih ‘autonomi’ selepas pilihan raya yang baharu berakhir, seiring dengan spekulasi media baru-baru ini mengenai hasratnya untuk meninggalk­an BN untuk mencari gabungan baharu.

Sarawak yang pada suatu ketika dahulu dianggap sebagai kubu kuat dan simpanan tetap BN hanya mampu menyumbang 19 kerusi parlimen kepada BN dan tewas enam kerusi kepada DAP dan PKR pada PRU14.

Sementara itu, seorang lagi anggota panel perbincang­an, Phil Roberston dari Human Right Watch (HRW) Asia menyifatka­n keputusan PRU14 pada 9 Mei sebagai tidak kurang ‘gempa politik’ yang memberi harapan kepada negara-negara lain di rantau itu.

“Ia gempa bumi politik dengan magnitud sembilan pada skala Richter,” kata beliau sambil menambah jika kerajaam pimpinan PH menunaikan manifeston­ya, ia akan menjarakka­n Malaysia dari negara- negara jiran daripada segi hak asasi manusia, kebebasan media, pemisahan kuasa antara badan kehakiman, eksekutif dan perundanga­n. — Bernama

Ia mungkin menyaksika­n Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuka gelanggang untuk berdebat dengan Khairy Jamaluddin dan (Datuk Seri) Hishammudd­in (Hussein) iaitu antara generasi tua dan muda dalam parti. Perdebatan serius akan berlaku dalam UMNO. Bridget Welsh Pemerhati politik Malaysia

 ?? — Gambar Bernama ?? SALAM: Najib bersalaman dengan para jemaah selepas solat Jumaat di Surau Ar Rahman Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur semalam. Turut sama Dr Ahmad Zahid.
— Gambar Bernama SALAM: Najib bersalaman dengan para jemaah selepas solat Jumaat di Surau Ar Rahman Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur semalam. Turut sama Dr Ahmad Zahid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia