Utusan Borneo (Sarawak)

Mahdzir, Azalina antara kunjungi Najib

-

KUALA LUMPUR: Dua Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Mahdzir Khalid antara individu yang dilihat mengunjung­i kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, di sini semalam.

Kenderaan jenis Range Rover yang membawa Azalina yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dilihat memasuki pekarangan kediaman itu pada jam 10 pagi dan beredar kira-kira 40 minit kemudian.

Mahdzir pula yang juga bekas Menteri Pendidikan tiba di kediaman berkenaan sejurus selepas Azalina pulang dan meluangkan masa kirakira sejam bertemu dengan bekas perdana menteri itu.

Turut mengunjung­i bekas presiden UMNO tersebut ialah Pengerusi NGO Selangor Nazilah Idris yang meluangkan masa kira-kira 20 minit di situ.

“Alhamdulil­ah, Najib kelihatan sihat ketika pertemuan tadi (semalam). Walaupun dilanda dengan pelbagai dugaan beliau tetap tenang menghadapi­nya,” kata Nazilah.

Kediaman Najib terus menjadi tumpuan pengamal media dengan kira-kira 50 wakil media tempatan dan antarabang­sa berkampung di situ sejak jam 6 pagi semalam, menantikan perkembang­an terbaharu berhubung penyiasata­n yang dijalankan oleh polis terhadap bekas pengerusi Barisan Nasional terbabit.

Awal pagi semalam, polis merampas 72 beg berisi barangan kemas, pelbagai jenis mata wang dan barangan berharga di sebuah kondominiu­m mewah di Jalan Raja Chulan di sini yang dipercayai berkaitan bekas perdana menteri itu dalam siasatan kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dilaporkan berkata selain itu, sebanyak 284 kotak yang mengandung­i beg tangan pelbagai jenama mewah turut dirampas dari tiga unit kondominiu­m di kawasan yang sama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia