Utusan Borneo (Sarawak)

Wolfsburg menang 3-1 ke atas Kiel pada aksi ‘play-off’ penyingkir­an pusingan pertama

-

BERLIN: Divock Origi menjaringk­an satu gol dan mencipta satu gol untuk membantu Wolfsburg mencatatka­n kemenangan 3-1 ke atas kelab kerdil Holstein Kiel dalam perlawanan play-off penyingkir­an pusingan pertama Bundesliga kelmarin.

Penyerang Belgium itu, yang akan menamatkan kontrak sebagai pemain pinjaman dari Liverpool selepas perlawanan playoff dua pusingan, menolak masuk gol pembukaan awal di Volkswagen Arena, kemudian mencipta gol ketiga bagi Yunus Malli untuk meletakkan Wolfsburg di hadapan sebelum perlawanan pusingan kedua pada Isnin.

Origi, 23, memalukan Wolfsburg sedikit sebelum perlawanan apabila dia mengakui tidak tahu apa-apa tentang Kiel, tetapi dia menebusnya dengan persembaha­n yang mengagumka­n.

Selepas jaringan Origi, Kingsley Schindler m e n y a m a k a n kedudukan sebelum Josip Brekalo dan Malli melakukan jaringan s e b e l u m dan selepas waktu rehat untuk W o l f s - b u r g , tetapi Kiel mengasak CEMERLANG: Origi meraikan gol jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada perlawanan itu. Wolfsburg sepanjang perlawanan.

Bagi tahun kedua berturuttu­rut, Wolfsburg bermain dalam perlawanan play-off penyingkir­an selepas mereka menduduki tempat ke- 16 dalam liga utama di Jerman, manakala Kiel layak apabila ia menduduki tempat ketiga dalam divisyen kedua.

Pasukan tuan rumah sewajarnya mendahului awal apabila pemain pertahanan tengah Robin Knoche mengelecek bola di sebelah kiri sebelum Malli melepasi tiga pemain pertahanan, meluru ke dalam kotak penalti dan menolak bola ke bahagian tengah. Pemain tengah Swiss, Renato Steffen, memaksa penjaga gol Kiel, Kenneth Kronholm, menepis bola, tetapi Origi menolak masuk bola yang melantun balik pada minit ke-13.

Kiel menyamakan kedudukan apabila pemain tengah Dominick Drexler menewaskan dua pemain pertahanan di garisan padang, kemudian menarik bola ke belakang ke bahagian tengah untuk Schindler tolak masuk ke dalam jaring kosong pada minit ke-34.

Wolfsburg mendahului semula enam minit kemudian apabila Knoche merembat bola jarak jauh ke dalam kotak penalti Kiel, bola ditanduk kepada Brekalo, yang meledakkan rembatan ke sudut atas sebelah kiri gawang.

Origi memastikan kemenangan pada pusingan pertama dengan kemahiran yang cemerlang dalam gerakan bagi gol ketiga. — AFP

 ?? — Gambar AFP — Gambar Reuters ?? DEBARAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan ‘play-off’ penyingkir­an pusingan pertama di antara Wolfsburg dan Holstein Kiel.
— Gambar AFP — Gambar Reuters DEBARAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan ‘play-off’ penyingkir­an pusingan pertama di antara Wolfsburg dan Holstein Kiel.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia