Utusan Borneo (Sarawak)

Heynckes tidak akan tunduk lagi dengan rayuan Bayern

-

BERLIN: Jupp Heynckes melabuhkan tirai buat kali keempat selaku jurulatih Bayern Munich pada malam ini (Sabtu), dan memberi amaran kepada kelab gergasi Jerman itu untuk tidak meminta bantuannya lagi apabila dia berusia 80 tahun nanti.

Heynckes membimbing Bayern buat pertama kalinya dalam perlawanan akhir Piala Jerman menentang Eintracht Frankfurt, kelab yang dibimbing oleh pengurus Niko Kovac yang akan mengambil alih jawatan panas di Munich.

Heynckes, 73, memikul tanggungja­wab pada Oktober lalu untuk kali keempat di kelab tersebut selepas Carlo Ancelotti dipecat.

Dia mungkin akan menamatkan pembabitan­nya dengan kejuaraan liga dan kejuaraan piala selepas Bayern memenangi kejuaraan Bundesliga dengan kelebihan besar 21 mata.

“Kami mahu mempamerka­n persembaha­n yang baik untuk penyokong dan mewujudkan satu lagi acara kemuncak,” kata Heynckes.

Dia turut memberi amaran kepada Kovac, penggantin­ya pada musim akan datang.

“Ia adalah tugas sepanjang masa yang amat memerlukan tenaga,” kata Heynckes, yang memegang rekod bagi 1,037 perlawanan dalam liga Jerman sebagai pemain atau jurulatih.

“Menjadi jurulatih di Bayern adalah satu peluang yang hebat – tetapi juga satu komitmen yang amat besar.”

Bagaimanap­un dia menegaskan dia tidak akan kembali buat kali kelima sebagai jurulatih. — AFP

 ??  ?? HEYNCKES
HEYNCKES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia