Utusan Borneo (Sarawak)

Adik-beradik Yoong Hanifah perbaiki prestasi di Florida

-

KUALA LUMPUR: Latihan dua minggu di Pusat Ski Cory Pickos Florida di Amerika Syarikat ternyata membuahkan hasil apabila tiga beradik Yoong Hanifah merakamkan keputusan terbaik masing-masing pada Kejohanan Florida Inboards Records, minggu lepas.

Dalam kejohanan dua hari itu, ratu ski negara, Aaliyah berjaya melakukan lompatan sejauh 34.9 meter untuk menduduki tempat kedua acara jump bagi kategori wanita bawah 17 tahun.

Catatan tersebut sekali gus memadam rekod kebangsaan miliknya iaitu 32.8m, menurut Persekutua­n Ski Air dan Papan Luncur Malaysia, dalam kenyataan, di sini semalam.

Dalam acara slalom, pemenang tiga emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu turut menyamai catatan rekod kebangsaan miliknya iaitu catatan mata 0.5/55/12 untuk menduduki tempat kelima.

Dalam acara tricks, peluncur muda berusia 14 tahun itu melakukan pencapaian terbaik musim ini apabila mengumpul 6,960 mata untuk berada di belakang juara dan peluncur tuan rumah, Kennedy Hansen yang mengumpul 7,910 mata.

“Aaliyah lakukan yang terbaik dalam tricks namun disebabkan terjatuh dalam acara toes, beliau tidak dapat melepasi 7,600 mata. Bagaimanap­un, berat badan beliau telah meningkat em- pat kilogram dalam tempoh 12 bulan dan memliki lebih kekuatan seperti yang ditunjukka­n dalam flip, lompatan dan slalom.

“Sekarang ini beliau perlu mendapatka­n semula kelajuanny­a dalam toe tricking, bagi membolehka­n beliau kembali ke prestasi asal,” kata bapanya yang juga ketua jurulatih ski air, Hanifah Yoong.

Sementara itu, adik Aaliyah, Adam, 10, mencipta rekod Asia acara tricks bawah 17 tahun apabila memenangi kategori bawah 13 tahun lelaki dengan mengumpul 4,750 mata manakala abangnya, Aiden,12, gagal naik ke podium.

Adik-beradik Yoong Hanifah itu akan meneruskan latihan di Pantai Santa Rosa (Florida) untuk dua minggu lagi sebelum bergerak ke Callaway Gardens, Atlanta, di mana Aaliyah akan menyertai Nautique Waterski US Masters dari 25 hingga -27 Mei ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia