Utusan Borneo (Sarawak)

Southgate mahu pemainnya nikmati masa rehat

-

LONDON: Pengurus England Gareth Southgate mahu pemainnya menikmati masa rehat mereka sebelum dan sewaktu Piala Dunia nanti di Rusia walaupun ia berpotensi mengundang kritikan terhadap pengurusan­nya.

Southgate menamakan skuad 23 pemain yang muda pada Rabu lepas dan dia telah memberikan waktu berehat selama seminggu kepada mereka yang terbabit dalam perlawanan akhir Piala FA atau Liga Juara-Juara selepas keazaban musim Liga Perdana Inggeris yang lama sebelum mereka berkumpul pada minggu depan.

Ramai bintang Southgate sudah melancong sekeliling dunia, tetapi bekas pemain pertahanan England itu berkata dia tidak bimbang mengenai kelakuan mereka walaupun diperhatik­an oleh orang ramai sebelum kejohanan besar.

Sebagai pemain, Southgate merupakan anggota pasukan England yang mara ke peringkat separuh

akhir di Euro 96 di negara sendiri walaupun menimbulka­n kemarahan media terhadap beberapa anggota skuad yang mabuk ketika bergembira sewaktu melakukan lawatan ke Hong Kong sebelum kejohanan tersebut. “Saya tidak berminat dengan apa yang mereka buat dalam masa beberapa hari akan datang. Ia adalah empat minggu sebelum kita ada perlawanan,” kata Southgate, yang akan menyaksika­n pasukannya memulakan kempen mereka di Piala Dunia pada 18 Jun menentang Tunisia. “Sebelum Euro 96, saya berehat selama tiga hari di Magaluf bersama Aston Villa, jadi ia bersifat hipokrit sedikit untuk berbincang mengenai persiapan yang betul. “Mereka perlu b e r e h a t dan saya tidak melihat sebarang isu dengannya dalam masa tiga atau empat hari akan datang, kebanyakan mereka sudah melancong bersama teman mereka, lagi pun mereka ada anak kecil. Tetapi mereka yang tidak ada, mereka yang cergas dari segi fizikal, mereka perlu merehatkan mental.”

Beberapa pengurus sebelum Southgate menghadapi masalah untuk mengimbang­i usaha mengelak skuad daripada menjadi tumpuan media dengan usaha untuk mengelak kebosanan di kem latihan tertutup.

England akan berpangkal­an di bandar tepi laut yang sepi, Repino, kira-kira 45 kilometer ke barat Saint Petersburg, dan Southgate membayangk­an dia mungkin akan membenarka­n pemainnya untuk pergi ke bandar raya pada hari kelepasan.

“Ia tidak mungkin hanya bola sepak 24 jam sehari,” ujar Southgate. “Mereka mungkin membuat beberapa perkara yang menyebabka­n mereka dikritik, tetapi saya perlu cukup berani untuk menyatakan saya bersedia untuk melihat mereka pergi ke Saint Petersburg dan bersiar-siar atau bertemu dengan keluarga atau apa sahaja.

“Sudah tentulah ada kepercayaa­n di sana yang perlu dihormati, tetapi saya berpendapa­t mereka tahu kedudukann­ya. Kita mewujudkan persekitar­an orang dewasa.”

Gary Cahill adalah satu-satunya anggota skuad Southgate yang sudah bermain lebih 50 kali untuk negara.

Bagaimanap­un dia ada ramai pemain berbakat untuk dipilih yang berusia awal 20an dengan pengalaman bermain dalam Liga Juara-Juara seperti Harry Kane, Raheem Sterling dan Dele Alli.

Southgate tidak mahu merendahka­n jangkaan walaupun bekas legenda England, Gary Lineker, mencadangk­an agar pasukan itu harus “mengetepik­an” peluang bagi kejayaan dan memberi tumpuan kepada usaha menggalakk­an belia. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? YAKIN: Southgate semasa sidang media menamakan 23 skuad yang akan beraksi di Piala Dunia Rusia.
— Gambar AFP YAKIN: Southgate semasa sidang media menamakan 23 skuad yang akan beraksi di Piala Dunia Rusia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia