Utusan Borneo (Sarawak)

Juara Liga Kuching, kejayaan cukup manis buat WORC

-

KUCHING: Selepas kejayaan menjuarai Liga Kuching anjuran Kelab Ragbi Kuching dua tahun lalu, Kelab Ragbi Warriors Old boys (WORC) sekali lagi muncul juara kali ini pada temasya julung kali diadakan, Liga Ragbi Kuching anjuran Persatuan Ragbi Bahagian Kuching (KDRA) minggu lalu.

Jurulatih WORC, Zulkaranai­nhisham Sarbini berkata kejayaan itu cukup manis sambil merakam penghargaa­n kepada pengurusan, pemainpema­in dan penyokongp­enyokong bersungguh­sungguh merealisas­ikan impian tersebut.

“Kita perlu bekerja lebih gigih untuk bersaing pada tahun depan kerana pasukan yang bertanding nanti semakin hebat. “Saya ingin merakamkan tahniah kepada semua pasukan bertanding khususnya Wolfpacks, KWRC, KRFC dan GB13 Skulls yang semakin meningkat prestasi mereka,” kata Zulkaranai­n yang juga penasihat kelab itu.

Beliau percaya saingan liga pada tahun depan lebih menarik kerana kebanyakan pasukan diperkuat dengan kehadiran pemain- pemain import.

Kapten WORC, Mohd Mahadzir Marzuki melahirkan rasa syukur dengan kejayaan itu sambil berkata kombinasi pemain- pemain muda dan lama menjadi faktor kekuatan dan kejayaan pasukan itu tahun ini.

“Pengurusan yang baik juga salah satu faktor membolehka­n kita muncul juara kerana semua pemain memberi 100 peratus komitmen sepanjang perlawanan.

“Selepas setiap perlawanan, kita mengadakan ‘post-mortem’ mengenal pasti sebarang kelemahan bagi memperbaik­i permainan pada aksi seterusnya.

“Semangat muncul juara sudah ditunjukka­n pemainpema­in pada perlawanan pertama menentang Wolfpack dan kita berjaya mengikat mereka 10- 10 walaupun pasukan itu mempunyai ramai pemain berpengala­man termasuk pemain import dari Fiji,” tambah beliau.

Sementara itu, Presiden WORC Mohd Nafri Abdul Rahman mengucapka­n terima kasih kepada pemain-pemain dan pegawai- pegawai atas komitmen dan penyokong sentiasa memberi sokongan padu kepada pasukan tersebut.

“Segala kerja keras semasa latihan berbaloi dengan kejayaan ini. Sudah tentu kita berharap mengekalka­n kejuaraan ini pada tahun depan,” katanya.

Menurutnya, fokus pasukan itu kini kepada persiapan menghadapi saingan Piala Presiden.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n kepada penaja iaitu Cergas Asli Sdn Bhd, Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia