Utusan Borneo (Sarawak)

Muhd Azizi ungguli kejohanan memanah MSSD Bahagian Mukah

-

SEPANG: Ketua jurulatih perseorang­an lelaki negara, Datuk Misbun Sidek memasang impian untuk melihat trofi keramat Piala Thomas kembali ke pangkuan Malaysia sekali gus menamatkan kemarau 26 tahun sebelum beliau mengundurk­an diri.

Misbun, bekas pemain perseorang­an negara, tidak menolak kemungkina­n edisi Piala Thomas kali ini adalah penglibata­n terakhir buat dirinya bersama pasukan kebangsaan bagi kejohanan itu yang akan berlangsun­g selama lapan hari bermula Ahad ini di Bangkok, Thailand.

“Ya, mungkin terakhir. Sebab itu saya harapkan kejutan dapat dicipta pasukan negara. Walaupun pada ketika tidak menjadi jurulatih, setiap edisi Piala Thomas sudah semestinya hasrat saya adalah ke arah itu, melihat Malaysia muncul juara.

“Dengan persiapan yang kita telah jalankan sepanjang beberapa bulan lepas, saya lihat pasukan kini berada dalam keadaan yang bersemanga­t,” katanya. — Bernama KUCHING: Pasukan Kampung Darul Iman dinobatkan juara Kejohanan Futsal Jemputan Tertutup ICQS Tebedu diadakan di Gelanggang Futsal Kampung Darul Iman, Tebedu dari 28 April hingga 8 Mei lalu.

Ini berikutan kejayaan mereka menewaskan pasukan Imigresen Tebedu dengan jaringan 6-5.

Tempat ketiga pula disandang SMK Tebedu manakala SK Tebedu berpuas hati di tempat keempat.

Hadiah disampaika­n oleh Ketua Kampung Darul Iman, Mohamad Bahrin seterusnya menutup kejohanan.

Sebanyak lapan pasukan menyertai kejohanan terse- but iaitu JPJ, Imigresen, Kastam, Pertanian, Inland Port, SK Tebedu, SMK Tebedu dan Kampung Darul Iman.

Kejohanan itu bagi merapatkan silaturahi­m kalangan kakitangan kerajaan di daerah Tebedu selain menjadi aktiviti tahunan Kelab Sukan dan Sosial ICQS Tebedu. SIBU: Muhd Azizi Roslan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mukah mengunggul­i Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Daerah ( MSSD) peringkat Bahagian Mukah dalam kategori lelaki 18 Tahun Ke Bawah (18TKB) di padang SMK Oya di sini.

Naib juara dimenangi Fereric Asim dari SMK Oya sementara Michael Hii dari SMK TPDHN Daro menduduki tempat ketiga.

Kategori wanita 18TKB menyaksika­n Zakiah Hadenan dari SMK TPDHN Daro menjuarai kategori itu selepas menewaskan cabaran rakan sekolahnya, Tan Chai Ching (naib juara) manakala Siti Nursyamina Edrus dari SMK Oya di tempat ketiga.

Bagi kategori lelaki 12TKB, tempat pertama dimenangi Haikal Hariri Halary dari Sekolah Kebangsaan ( SK) Kampung Teh, Oya tempat kedua Bryan Dylan Andy dari SK Kampung Sungai Ud, Dalat dan ketiga Mohd Irfan Rahimi Razeli dari SK Datuk Pengiran Muhamad (DPM) Oya.

Dayang Intan Nurafrina Awang Kalong dari SK Kampung Teh, Oya mengunggul­i kategori wanita 12TKB manakala Khairina Khairul Zulhusny ( SK Kampung Teh, Oya) di tempat kedua dan Dayang Nisrina Awang Aliumar (SK Kampung Teh, Dalat) tempat ketiga.

Penyelia Unit Kokurikulu­m dan Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Dalat, Ismail Kram dalam ucapan penangguha­nnya memberitah­u ke- johanan itu bagi memilih peserta ke kejohanan memanah peringkat negeri dan mempopular­kan sukan memanah kalangan pelajar sekolah.

Katanya, kejohanan itu disertai sebanyak 14 buah sekolah iaitu sembilan buah sekolah menengah dan lima sekolah rendah.

Menurutnya, seramai 64 peserta mengambil bahagian dibahagika­n kepada empat kategori iaitu lelaki 18TKB, wanita 18TKB, lelaki 12TKB dan wanita 12TKB.

 ??  ?? TAHNIAH: Pemain pasukan Kampung Darul Iman bersama hadiah yang dimenangi.
TAHNIAH: Pemain pasukan Kampung Darul Iman bersama hadiah yang dimenangi.
 ??  ?? UNGGUL: Pemenang tiga tempat teratas kategori lelaki 18TKB.
UNGGUL: Pemenang tiga tempat teratas kategori lelaki 18TKB.
 ??  ?? HEBAT: Pemenang tiga tempat teratas kategori wanita 18TKB.
HEBAT: Pemenang tiga tempat teratas kategori wanita 18TKB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia