Utusan Borneo (Sarawak)

‘Dekatkan Jarak Kita’ Drama Pilihan

-

istimewa dalam ‘Nasi Ambeng’, Rendang Tok Betawi, Ayam Bakar Bermadu serta Udang Gulai Kawah. Manakala Stall Buffet pula menyajikan hidangan seperti Otak-Otak, Apam Balik, Sata Ikan, Kebab Ayam dan Daging serta Serawa Durian. Harga yang ditawarkan bermula dengan pembelian Meja Korporat ‘VVIP WINGS’ yang bernilai RM10,000 satu meja, Meja ‘Khas WINGS’ bernilai RM5,000 satu meja dan RM180 seorang bagi pembelian individu serta RM80 bagi kanakkanak berusia 5-12 tahun.

Bagi pembelian ‘Early Birds’ Hotel Premiera menawarkan RM150 seorang dan tawaran ini berakhir sebelum 20 Mei ini. Pihak hotel juga mengalu-alukan penaja tiket untuk anak-anak yatim, sekolah tahfiz dan orang tua bagi tujuan tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

Tiket Ramadan ini boleh dibeli atas talian dari laman web 11Street atau melalui talian +6032615100­7/ +6032615101­8 dan kaunter pembelian di kaunter tiket Hotel Premiera Kuala Lumpur. — Bernama ANUGERAH Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL 2018) yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) pada minggu lepas menobatkan drama ‘Dekatkan Jarak Kita’ terbitan JS Pictures Sdn Bhd sebagai Drama Pilihan.

Gandingan serasi Syafiq Kyle dan Ayda Jebat yang berlakon sebagai watak utama dalam drama itu turut membawa pulang trofi menerusi kategori Pasangan Pilihan dengan menewaskan 11 calon lain.

Pemenang trofi Pengarah Pilihan pula adalah Heykal Hanifah menerusi drama ‘Titian Cinta’.

Drama itu juga memenangi tiga lagi trofi menerusi kategori Penulisan Skrip Pilihan (Farhana Fauri) dan Lagu Pilihan (‘Sumpah Cintaku’ nyanyian Asfan).

Manakala pelakon berbadan sasa Zul Ariffin menepati ramalan ramai apabila berjaya membawa pulang trofi Aktor Pilihan menerusi drama yang sama.

Janna Nick pula menang trofi Aktres Pilihan menerusi lakonannya dalam ‘Biar Aku Jadi Penunggu’ manakala Syukri Yahaya pula menerima trofi Antagonis Pilihan hasil lakonan yang begitu meyakinkan dalam drama ‘Andainya Takdir’.

Bertemakan Pop Art, DFKL 2018 dihoskan oleh Ajak Shiro dan Nabila Huda.

Anugerah ini turut dihiburkan dengan persembaha­n dari Ernie Zakri, Syamel, Azlan Typewriter, Ismail Izzani, Haqiem Rusli, Janna Nick dan Ayda Jebat.

Kesemua pemenang ditentukan menerusi undian penonton melalui laman web www.dfkl.com. my yang dibuka sejak Februari lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia