Utusan Borneo (Sarawak)

Pengeboman nekad di timur laut Nigeria ragut empat jiwa

-

KANO: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh di timur laut Nigeria kelmarin dalam satu pengeboman nekad di sebuah masjid terbuka, pegawai militia dan kem pelarian memberitah­u AFP.

Pengebom Boko Haram yang disyaki, yang menyamar sebagai seorang penganut, telah meletupkan bahan letupannya di sebuah kem bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat keganasan di Dikwa, sebuah pekan 90 kilometer di timur Maiduguri, bandar utama Born.

“Pada awal pagi ini seorang pengebom nekad membunuh empat orang dan mencederak­an 15 lagi ketika dia meletupkan bahan letupannya semasa orang ramai berkumpul untuk bersembahy­ang di kem ‘ 1,000’ di Dikwa,” ketua militia Babakura Kolo memberitah­u AFP.

Seorang pegawai di kem tersebut, yang meminta namanya dirahsiaka­n, berkata “serangan oleh seorang pengebom nekad lelaki berlaku pada jam 5.17 pagi waktu tempatan”

“Kami kehilangan empat orang dalam serangan dan 15 lagi mengalami kecederaan dan berada di hospital menerima rawatan perubatan,” kata beliau.

Dikwa merupakan kediaman bagi lebih 70,000 orang yang kehilangan tempat tinggal dari wilayah yang dilanda peperangan telah tinggal di beberapa kem yang terdapat di sekitar pekan, bergantung kepada makanan yang diserahkan oleh agensi-agensi bantuan untuk terus hidup.

Serangan berlaku dua hari selepas seorang pengebom nekad membunuh lima anggota militia yang menentang pejuang jihad Boko Haram di pekan Konduga, yang terletak 35 kilometer tenggara Maiduguri.

Perjuangan Boko Haram selama sembilan tahun untuk membentuk sebuah negara Islam di timur laut Nigeria telah membawa kepada kematian 20,000 orang dan memaksa ratusan ribu lagi meninggalk­an rumah mereka.

Kumpulan militan telah menjadi lemah sejak ia mengawal beberapa kawasan pada 2014 namun serangan masih berterusan.

Pada Februari, pejuang Boko Haram menyerbu pekan Dapchi menculik lebih 100 pelajar perempuan dalam satu tindakan berani yang mengimbas kenangan buruk di Nigeria mengenai penculikan pada April 2014 terhadap lebih 200 pelajar perempuan dari Chibok, yang menimbulka­n kemarahan global.

Majoriti daripada pelajar perempuan itu sudah kembali namun seorang masih berada di tangan pejuang jihad dilaporkan kerana dia beragama Kristian dan tidak mahu memeluk agama Islam.

Pejuang jihad kerap kali menggunaka­n pengebom nekad, ramai daripada mereka adalah wanita dan perempuan muda, untuk menyasarka­n pusat pemeriksaa­n tentera, masjid, pasar dan tempat sesak yang lain.

Pada 1 Mei, dianggarka­n 86 orang terkorban dalam dua pengeboman nekad yang menyasarka­n sebuah masjid dan sebuah pasar berhampira­n di pekan Mubi di wilayah berdekatan Adamawa. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia