Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek keempat bunuh tiga pelajar perfileman Mexico ditangkap

-

GUADALAJAR­A: Pihak berkuasa Mexico mengumumka­n mereka menahan suspek keempat kelmarin dalam kes pembunuhan tiga pelajar perfileman yang telah diculik, diseksa dan dilarut dalam asid, satu episod yang menimbulka­n kemarahan di negara yang sudah jemu dengan jenayah.

Suspek, dikenali hanya sebagai Miguel Angel “N,” telah didapati bersembuny­i di pekan kecil Degollado di wilayah barat Jalisco, menurut pendakwa raya negeri Raul Sanchez Jimenez.

“Beberapa kenyataan oleh tiga suspek dalam tahanan membolehka­n penyiasat untuk mengesan” dia, Sanchez memberitah­u sidang media.

Dia akan didakwa dengan penculikan serius, menurut pendakwa raya.

Tiga pelajar tersebut – Javier Salomon Aceves Gastelum, 25, Daniel Diaz, 20, dan Marco Avalos, 20 – telah hilang pada 19 Mac ketika mereka pulang selepas melakukan penggambar­an bagi satu projek filem di luar Guadalajar­a, bandar kedua Mexico, di mana mereka menuntut di University of Audiovisua­l Media.

Penyiasat berkata anggota kartel dadah berkuasa Jalisco New Generation kelihatan telah tersalah anggap bahawa mereka adalah anggota sebuah kumpulan lawan, New Plaza Cartel, kerana mereka telah tinggal di rumah seorang saudara yang mempunyai hubungan dengan kumpulan tersebut.

Kesemua empat suspek dalam tahanan telah dipercayai berasal dari Jalisco New Generation.

Beberapa saksi berkata pelajar tersebut telah dihalang oleh sekumpulan lelaki yang menyamar sebagai polis yang mengarahka­n mereka memasuki dua kereta lain dan melarikan diri.

Merekakemu­diandibawa­ke sebuah rumah selamat kartel dan diseksa, menurut penyiasat. Ketika Aceves meninggal dunia akibat kecederaan­nya, penculik membunuh dua pelajar lagi dan melarutkan mayat mereka di dalam tong asid sulfurik.

Kes tersebut telah mencetuska­n bantahan daripada berpuluh ribu rakan pelajar mereka, disokong oleh tokoh terkenal perfileman Mexico seperti pengarah yang me- menangi Oscar Guillermo del Toro dan Alfonso Cuaron.

Pihak berkuasa pada mulanya berkata terdapat empat suspek dalam kes ini, namun Sanchez menyatakan mereka sedang memburu dua orang lagi.

Salah seorang suspek yang ditangkap pada bulan lepas, seorang penyanyi rap dan bintang YouTube dikenali sebagai “QBA,” telah mengaku melarutkan mayat mangsa dalam asid, kata penyiasat.

QBA, yang nama sebenarnya adalah Christian Omar Palma Gutierrez, dikatakan telah menerima sebanyak 3,000 peso seminggu untuk bekerja dengan Jalisco New Generation.

Dia mempunyai sebuah laman YouTube dengan 135,000 pelanggan dan jutaan tontonan di mana dia telah menghantar secara profesiona­l video rakaman rap mengenai keganasan, senjata dan dadah. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PERIKSA: Pegawai keselamata­n dan anggota separa tentera memeriksa lokasi di mana lima pengebom nekad cuba memandu sebuah van sarat dengan amunisi dan bahan letupan ke kemudahan tentera di Quetta, Pakistan kelmarin.
— Gambar Reuters PERIKSA: Pegawai keselamata­n dan anggota separa tentera memeriksa lokasi di mana lima pengebom nekad cuba memandu sebuah van sarat dengan amunisi dan bahan letupan ke kemudahan tentera di Quetta, Pakistan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia