Utusan Borneo (Sarawak)

Dituduh ‘bersekongk­ol dengan pengganas jenayah’, dua wanita ditahan untuk disoal siasat Rakan penyerang berpisau Paris didakwa

-

PARIS: Seorang rakan lelaki yang melakukan serangan pisau berdarah di Paris telah didakwa kelmarin atas tuduhan “bersekongk­ol dengan pengganas jenayah” manakala dua wanita ditahan untuk disoal siasat selepas siasatan bergerak dengan semakin cepat.

Khamzat Azimov, seorang warga Perancis berketurun­an Chechen yang berusia 20 tahun, membunuh seorang lelaki dan mencederak­an lima lagi dalam daerah sibuk Opera di ibu negara Perancis pada malam Ahad lepas sebelum ditembak mati oleh polis. Kumpulan Daesh atau Negara Islam (IS) mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan itu.

Abdul Hakim A, juga seorang warga Perancis kelahiran Chechen, ditahan Ahad lepas di bandar raya timur Strasbourg, di mana kedua-dua lelaki itu membesar, dan didakwa atas tuduhan “bersekongk­ol dengan pengganas jenayah dengan rancangan untuk menyerang orang”, kata sumber kehakiman.

Kedua-dua lelaki itu, yang merupakan rakan karib, muncul dalam senarai pemantauan pengganas di Perancis, walaupun kedua- duanya tidak ada rekod jenayah silam.

“Dia menafikan sebarang implikasi dalam sama ada menyediaka­n atau melakukan perbuatan itu selain sebarang hubungan baru-baru ini dengan Khamzat Azimov, dengan dakwaan tidak bertemu atau berhubung dengannya selama beberapa bulan,” kata pendakwa antikegana­san tertinggi di Perancis, Francois Molins.

Namun dia menambah pemeriksaa­n ke atas rangkaian telefon menunjukka­n sejurus sebelum serangan berlaku, Hakim A telah mengirim teks pesanan “laungan pejuang jihad yang kerap digunakan oleh Daesh” kepada kakaknya.

Penyiasat mahu menentukan sama ada Hakim A “mungkin telah mempengaru­hi Azimov dalam perjuangan jihadnya atau tahu dia merancang serangan ini,” kata sumber itu.

Sewaktu rumahnya digeledah di Strasbourg, polis menjumpai tujuh telefon bimbit tetapi tidak dapat mengesan telefon yang dia paling kerap gunakan, kata sumber yang dekat dengan kes itu.

“Telefon ini, dia mungkin sudah membuangny­a. Dia memberitah­u penyiasat bahawa dia telah pergi ke gim dan ia hilang di sana,” kata Menteri Dalam Negeri Gerard Collomb kepada radio RTL pada Rabu lepas.

Molins mengesahka­n dua wanita ditahan untuk disoal siasat kelmarin berhubung dengan serangan berkenaan.

Molins berkata dia tidak mahu memberi maklumat lain mengenai dua wanita itu buat masa sekarang, tetapi sumber yang dekat dengan inkuiri itu berkata seorang adalah Ines Hamza, seorang wanita radikal berusia 19 tahun yang mengahwini Hakim A sebelum dia cuba lari ke Syria pada Januari 2017.

Saksi berkata Azimov melaung “Allahu akbar” (Allah Maha Besar) sewaktu melancarka­n serangan, dengan tanggungja­wab yang diperakui IS, dan kemudian mengeluark­an sebuah video yang didakwa menunjukka­n Azimov menjanjika­n taat setia kepada kumpulan pelampau jihad itu.

Menteri Dalam Negeri Collomb berkata Azimov melancarka­n seranganny­a “dengan menggunaka­n salah satu pisau dapur ibunya”.

Ibu bapa Azimov dibebaskan dari tahanan pada Selasa lepas setelah penyiasat tidak menemui sebarang unsur untuk membabitka­n mereka sewaktu disoal siasat.

Serangan itu menjadikan 246 orang jumlah mangsa daripada beberapa serangan pelampau jihad ke atas sasaran Perancis sejak 2015.

 ?? — Gambar AFP ?? PENGHORMAT­AN: Bunga tanda penghormat­an untuk mangsa menghiasi sebatang pokok di laluan jalan kaki di Paris pada Rabu lepas, berhampira­n lokasi di mana seorang penyerang berpisau membunuh seorang lelaki dan mencederak­an lima yang lain pada lewat 12 Mei.
— Gambar AFP PENGHORMAT­AN: Bunga tanda penghormat­an untuk mangsa menghiasi sebatang pokok di laluan jalan kaki di Paris pada Rabu lepas, berhampira­n lokasi di mana seorang penyerang berpisau membunuh seorang lelaki dan mencederak­an lima yang lain pada lewat 12 Mei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia