Utusan Borneo (Sarawak)

11 didakwa cuba rekrut orang bawah umur untuk serangan IS di Brazil

-

RIO DE JANEIRO: Pendakwa raya kelmarin mengumumka­n dakwaan terhadap 11 rakyat Brazil yang disyaki mempromosi apa yang dikenali sebagai kumpulan Daesh (IS) dan cuba merekrut orang bawah umur untuk melakukan serangan di negara Amerika Latin itu.

Di antara 2016 dan 2017, “mereka yang didakwa telah bertanggun­gjawab mempromosi organisasi peng- ganas IS di Brazil melalui penerbitan dalam media sosial dan perkongsia­n bahan melalui WhatsApp dan Facebook, termasuk merekrut belia agar mengambil bahagian dalam tindakan pengganas di tanah air,” kata pejabat pendakwa raya di wilayah Goias.

Salah seorang tertuduh telah menggunaka­n satu kumpulan bualan dikenali sebagai “Caliphate of the Brazilian State” untuk mencadangk­an meniru satu serangan yang dilakukan di London pada Mac 2017 di mana seorang mualaf Britain membunuh lima orang dalam serangan amuk kereta dan pisau berhampira­n parlimen.

Serangan di Brazil, menurut tertuduh, seharusnya dilakukan semasa karnival di Rio de Janeiro atau di Salvador de Bahia.

Seorang lagi tertuduh meng- gunakan satu lagi kumpulan bualan yang didakwa telah berhubung dengan seorang lagi perancang lain bagi membincang­kan satu serangan menggunaka­n bahan letupan.

Hanya seorang daripada 11 orang itu sudah ditangkap, sumber pejabat pendakwa raya di Goias memberitah­u AFP.

Siasatan bermula selepas satu maklumat dari- pada pasukan polis Guardia Civil di Sepanyol mengenai kumpulan sembang di Brazil membincang­kan tentang IS.

Pada Mei tahun lepas, lapan orang di Brazil dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun selepas disabitkan kerana merancang serangan pengganas terhadap Olimpik Rio 2016. Tiada satupun rancangan itu yang pernah dilaksanak­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia