Utusan Borneo (Sarawak)

Bapa tunang Harry tolak jalani pembedahan di hospital Mexico

-

KOTA MEXICO: Bapa kepada Meghan Markle telah didiagnos mengalami masalah jantung di Mexico namun menolak untuk menjalani pembedahan, kementeria­n kesihatan di wilayah Baja California, di mana beliau menetap berkata kelmarin.

Thomas Markle, yang mengesahka­n beliau tidak dapat menghadiri majlis perkahwina­n anak perempuann­ya dengan Putera Harry dari Britain pada hari ini, telah dimasukkan ke Rosarito’s Hospital de Playas pada awal pagi 3 Mei setelah mengadu ‘sakit jantung’, jelas pihak kementeria­n.

Markle, 73, menjalani pembedahan mengejut pada Rabu lepas di sebuah hospital berlainan, menurut laman sesawang selebriti TMZ.

Menurut kenyataan kementeria­n kesihatan, beberapa hari sebelum itu beliau tiba di hospital Mexico setelah mengalami keadaan kurang selesa selama beberapa jam “tanpa sebarang masalah fizikal”.

Beliau menjalani beberapa ujian dan menerima rawatan kesakitan, sebelum didiagnos dengan penyakit jantung, tambah kenyataan itu.

Bagaimanap­un, Markle menolak sebarang rawatan ber- dasarkan diagnosis tersebut dan menolak untuk dihantar ke rumahnya di Rosarito.

“Pesakit memutuskan untuk pergi secara sukarela pada tengah hari 4 Mei, bagi meneruskan rawatannya di sebuah fasiliti perubatan swasta,” kata pihak kementeria­n.

Markle, seorang pengarah pencahayaa­n televisyen yang memenangi anugerah Emmy, telah menjadi tumpuan media mengenai sama ada beliau akan mengiringi anak perempuann­ya semasa majlis perkahwina­n, sebelum akhirnya menarik diri atas sebab-sebab kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia