Utusan Borneo (Sarawak)

Skor Indeks Kepuasan Pelanggan industri perbankan meningkat

-

KUALA LUMPUR: Skor keseluruha­n Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) industri perbankan Malaysia meningkat kepada 74.3 mata pada 2017.

Dalam satu kenyataan bersama, Persatuan Bank-Bank Malaysia dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) dengan kerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM), berkata skor daripada 100 mata penuh itu mencatat peningkata­n ketara 4.3 mata berbanding skor 70.0 pada 2013.

Secara amnya, skor 75.0 mata bagi perkhidmat­an pelanggan disifatkan sebagai baik manakala 80.0 mata adalah skor indeks cemerlang.

Seramai 18 anggota AMB dan AIBIM secara bersama meminta pihak Perbadanan Produktivi­ti Malaysia menjalanka­n kaji selidik CSI pada tahun lepas menggunaka­n Kerangka Indeks Kepuasan Pengguna Malaysia yang baru dibangunka­n.

Kaji selidik membabitka­n temu bual secara bersemuka dijalankan dengan 4,500 pelanggan bank di seluruh negara.

“Untuk kekal relevan kepada pelanggan masing- masing, pihak bank perlu memastikan produk dan perkhidmat­an mereka adalah menepati, jika tidak melebihi, kepuasan para pelanggan.

“Malah kaji selidik seperti ini dapat membantu pihak bank untuk mewujudkan asas bagi prestasi selain mendapatka­n gambaran bagaimana pelanggan melihat perkhidmat­an bank tersebut,” kata Pengerusi ABM, Datuk Abdul Farid Alias yang juga Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank.

Kaji selidik CSI itu bertujuan menggalakk­an kualiti dan ketelusan perkhidmat­an pelanggan sektor perbankan seiring dengan inisiatif BNM yang dirangkai di bawah Pelan Sektor Kewangan 20112020 bagi memperkuku­hkan amalan yang saksama dan bertanggun­gjawab dalam kalangan penyedia khidmat kewangan.

Maklumat lanjut kaji selidik itu boleh diperolehi di laman sesawang ABM dan AIBIM iaitu www. abm. org. my/ index. cfm? sc= custo dan www. aibim.com. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia