Utusan Borneo (Sarawak)

NOC akan terus melaksanak­an strategi kecekapan kos walaupun harga pulih

-

KUALA LUMPUR: Strategi penguranga­n perbelanja­an dan kecekapan kos yang diterima pakai oleh syarikat minyak negara (NOC) di seluruh dunia sebagai tindak balas kepada kejatuhan mendadak harga minyak pada 2014-2016 akan terus dilaksana apabila harga pulih, kata Moody’s Investors Service.

Dalam satu laporan, agensi penarafan tersebut mengkaji bagaimana perubahan dasar dan struktur sejak kejatuhan itu, akan memberi kesan kepada beberapa NOC terbesar dalam masa terdekat.

“Walaupun strategi bagi setiap NOC bergantung ke- pada beberapa faktor seperti hubungan dengan kerajaan negara mereka dan harga di pasaran tempatan, syarikat minyak nasional secara keseluruha­nnya telah berusaha untuk mengurangk­an kos, menyelaras strategi pertumbuha­n atau menjual aset seperti syarikat minyak swasta yang tidak ditaja, telah lakukan,” kata Pengarah Urusan Oil & Gas Team, Steve Wood.

Wood berkata, dalam persekitar­an pemulihan harga minyak antarabang­sa, penyelaras­an yang dibuat dalam beberapa tahun kebelakang­an ini akan membolehka­n ses- etengah NOC melabur dalam perniagaan teras, sementara yang lain dapat meningkatk­an pengeluara­n atau penerokaan asing mereka.

Penurunan harga minyak telah mengurangk­an dengan ketara pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) untuk Petronas (stabil A1), tetapi syarikat minyak dan gas bersepadu yang terbesar di Asia Selatan dan Asia Tenggara itu mengekalka­n kecairan yang tinggi semasa kemeleseta­n.

Contohnya, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Malaysia mempunyai perniagaan huluan yang besar berbanding operasi hilirannya.

EBITDA jatuh sebanyak 40 peratus pada 2016 daripada paras 2013, tetapi kecairan dan leveraj yang kukuh membantu syarikat minyak Malaysia (A3 stabil) mengharung­i kemeleseta­n tersebut.

Pada 2016, Petronas mengumumka­n pemotongan perbelanja­an operasi dan modal tahunannya kira-kira RM50 bilion untuk 2016-2019.

Selain merundingk­an semula kontrak, ia juga mengurangk­an perbelanja­an modal dengan memilih untuk tidak meneruskan projek besar di luar negara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEMAS: Rupa di dalam Hospital Fortis yang terletak di Gurgaon berdekatan Delhi.
— Gambar Bernama KEMAS: Rupa di dalam Hospital Fortis yang terletak di Gurgaon berdekatan Delhi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia