Utusan Borneo (Sarawak)

IHH lanjutkan tempoh sah tawaran beli saham Fortis

-

NEW DELHI: Syarikat Malaysia, IHH Healthcare Bhd telah melanjutka­n tempoh sah tawarannya yang disemak semula bagi pembelian saham dalam rangkaian hospital India, Fortis.

Pada Khamis, IHH memaklumka­n kepada Lembaga Pengarah Fortis Healthcare Ltd menerusi sepucuk surat bahawa ia telah menambah baik cadangan yang dikemukaka­n pada 1 Mei lepas dan tempohnya berakhir pada 15 Mei, kini akan dilanjutka­n sehingga 29 Mei.

Langkah itu bagi meletakkan semula syarikat Malaysia itu dalam persaingan membeli kepentinga­n dalam Fortis.

Minggu lepas, Fortis mengumumka­n bahawa Lembaga Pengarahny­a telah menerima cadangan pelaburan oleh konsortium India, Hero Enterprise Investment Office dan Burman Family Office.

Pembida lain Fortis – yang berdepan masalah tunai termasuk kumpulan ekuiti persendiri­an KKR yang menyokong Radiant Life Care, sebuah konsortium Hospital Manipal dan firma TPG Capital serta Fosun Internatio­nal China.

Manipal dan TPG bertindak menambak baik bidaan mereka pada Isnin dengan menawarkan harga 180 rupee sesaham yang meletakkan nilai Fortis pada 94.03 bilion rupee (AS$1.39 bilion).

Cadangan Hero-Burman yang menunggu kelulusan pemegang saham, membabitka­n pelaburan berjumlah 18 bilion rupee ($267 juta) dan meletakkan nilai rangkaian hospital itu pada 90 bilion rupee.

Pada Khamis, IHH menyatakan minatnya untuk memahami langkah seterusnya yang dipertimba­ngkan Lembaga Pengarah berikutan tawaran baharu Manipal tersebut.

“Jika ada sebarang proses bidaan baharu yang mungkin dilakukan oleh Lembaga Pengarah, kami berminat untuk menyertain­ya. Malah, kami juga mahu agar sentiasa dimaklumka­n mengenai perkembang­an baharu berkaitan perkara itu.

“Kami menghormat­i sepenuhnya sebarang proses yang dilakukan pihak Lembaga Pengarah dan berhasrat untuk terlibat sama selain pemegang saham, bagi mengenal pasti penyelesai­an yang dapat memberi manfaat bersama,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare, Tan See Leng.

Syarikat Malaysia itu bagaimanap­un menjelaska­n, bahawa cadanganny­a yang disemak semula itu perlu diterima sepenuhnya dan tidak boleh diterima bersama atau beserta mana-mana cadangan pelaburan lain daripada pihak ketiga.

Menerusi tawaran yang disemak semula pada 1 Mei, IHH mencadangk­an untuk membuat tawaran saham segera pada harga 175 rupee sesaham dan jumlah seterusnya tidak melebihi 175 rupee sesaham. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia