Utusan Borneo (Sarawak)

Keuntungan Press Metal naik berikutan harga aluminium yang lebih tinggi

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Press Metal Aluminium Holdings Bhd naik empat peratus dari tahun ke tahun, kepada RM192.56 juta dalam suku pertama berakhir 31 Mac 2018, selepas harga aluminium menjadi lebih tinggi.

Pengeluar aluminium bersepadu terbesar di Asia Tenggara itu melaporkan pendapatan sebanyak RM2.12 bilion untuk suku tahun berbanding dengan RM1.93 bilion yang dicatatkan sebelum ini.

Syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata prestasi kewanganny­a boleh menjadi lebih kukuh tetapi telah menerima kesan akibat peningkata­n harga karbon yang berterusan termasuk kelemahan dolar AS.

Bagaimanap­un, ia meramalkan akan berlaku perubahan harga bahan mentah yang tinggi dalam suku tahun berikutnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Paul Koon berkata Press Metal melihat bahawa akan berlaku perubahan dan reaksi yang berterusan dalam pasaran global aluminium disebabkan oleh perkembang­an-perkembang­an yang berlaku akibat sekatan Amerika Syarikat.

“Gangguan ke atas jumlah pengeluara­n dari Brazil barubaru ini telah menyebabka­n lonjakan secara tiba- tiba dalam harga alumina. Pasu- kan pengurusan kami sedang memantau perubahan landskap pasaran dan telah menyediaka­n langkah-langkah kawalan bagi bertindak balas kepada ketidaksta­bilan harga aluminium dan bahan mentah,” katanya.

Koon berkata kejutan-kejutan seperti ini telah menyerlahk­an ketahanan harga aluminium, ini memberi manfaat kepada pengeluar seperti Press Metal.

“Melihat ke masa hadapan, kami sedang memberi tumpuan untuk menyelaras­kan pengambila­lihan ke atas Leader Universal Aluminium dan mengembang­kan kapasiti nilai tambahan kami.” — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia