Utusan Borneo (Sarawak)

Ho Hup Constructi­on jangka prestasi lebih baik tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Ho Hup Constructi­on Company Bhd ( Ho Hup), menjangkak­an prestasi lebih baik untuk tahun fiskal 2018 melalui tiga projek hartanah yang dilancarka­n tahun ini, di Bukit Jalil, Kulai dan Kota Kinabalu, selain keuntungan yang diperoleh melalui usaha sama dengan Malton Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Ho Hup, Datuk Wong KitLeong, berkata ketiga-tiga projek hartanah itu mempunyai nilai pembanguna­n kasar ( GDV) sebanyak RM1.7 billion

“Kami sudah mengadakan pelancaran tidak rasmi untuk projek di Kota Kinabalu, Sabah, dengan GDV RM800 juta. Maklum balas diterima adalah positif dan kami menjangka untuk melihat kesan daripada pembanguna­n ini menjelang suku ketiga tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat berkenaan di sini, semalam.

Projek di Kota Kinabalu itu merangkumi Hotel Crown Plaza dan pangsapuri perkhidmat­an yang diberi nama ‘The Crown’, katanya.

“Di Bukit Jalil ( Kuala Lumpur), projek kami mengandung­i dua blok menara dengan 750 unit pangsapuri perkhidmat­an manakala di Kulai (Johor), kami membangunk­an perbandara­n bercampur, Laman Iskandaria­h, di kawasan seluas 174.02 hektar. Kami akan melancarka­n fasa pertama mengandung­i kedai dengan GDV sebanyak RM400 juta pada suku ketiga tahun ini.

“Ia adalah pembanguna­n perbandara­n pertama kami di Johor,” tambahnya.

Ho Hup mencatatka­n penyusutan perolehan dan keuntungan sejak tiga tahun lalu disebabkan keputusan diambil syarikat itu untuk menangguhk­an pembanguna­n hartanah di tiga lokasi berkenaan, kata Wong.

Projek usaha sama dengan Malton – Bukit Jalil City – sudah menyumbang keuntungan sejak enam bulan lepas dan syarikat berkenaan menjangka menyaksika­n sumbangan lebih besar daripada pembanguna­n ini, tambahnya,

Ho Hup turut memiliki simpanan tanah seluas 202.34 hektar di Bukit Jalil, Kulai dan Kuantan (Pahang) dengan GDV lebih RM4 bilion yang boleh bertahan sehingga 10 tahun akan datang, dan menyasarka­n untuk memulakan pengembang­an simpanan tanah pada Disember tahun ini.

“Mungkin dalam masa enam bulan sehingga hujung tahun, kami akan mula aktif untuk meningkatk­an simpanan tanah kami. Walaupun jika terdapat tanah yang baik (yang ada) pada masa ini, kami akan menelitiny­a dahulu kerana kami ingin fokus untuk melancarka­n projek kami dan melaksanak­annya dengan baik,” katanya.

Ditanya mengenai kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmat­an yang berkuatkua­sa pada 1 Jun seperti diumumkan baru- baru ini, Wong berkata, langkah itu akan mengurangk­an harga bahan mentah.

“Bagaimanap­un, dalam soal mendapatka­n projek baharu kerajaan, kami masih menunggu garis panduan berkenaan pemeroleha­n dan tender kerajaan,” katanya dan menambah, kerja-kerja untuk syarikat berkenaan membabitka­n kerja infrastruk­tur kerajaan pada masa ini adalah sebanyak RM400 juta.

Wong berkata, kerja-kerja berkenaan akan membuatkan kumpulan berkenaan sibuk untuk tempoh tiga tahun akan datang dan menyasarka­n untuk ia bertambah sebanyak RM200 juta ke RM300 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia