Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK TEWAS LAGI KEPADA JDT II

Ian nyata kecewa prestasi anak didiknya, namun pertahan strategi turunkan barisan muda

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Ketua Jurulatih Sarawak Ian Andrew Gillan jelas kecewa selepas anak didiknya kecundang buat kali kedua di tangan Johor Darul Ta’zim II dalam aksi Liga Premier, malam kelmarin.

Berkunjung ke Stadium Majlis Perbandara­n Pasir Gudang, Sarawak yang turun tanpa dua pemain tonggak, Bobby Gonzales dan Milos Raickovic akibat kecederaan dan penggantun­gan, tewas 02 kepada tuan rumah.

“Ia keputusan yang mengecewak­an kerana kita sekali lagi tewas kepada lawan yang sama.

“Kita cuba memberikan tentangan kepada lawan, namun beberapa kesilapan individu menyebabka­n gawang kita dibolosi.

“Ketiadaan Bobby dan Milos juga banyak mempengaru­hi corak permainan kita di mana jentera serangan agak buntu untuk mencari gol,” katanya semalam.

Ian bagaimanap­un mempertaha­n strateginy­a dengan menurunkan barisan muda seperti Nor Azizi Ramlee, Shazalee Ramlee, Mohamad Alif Hassan, Jimmy Ray- mond serta bintang muda yang baharu ditandatan­gani, Gibson Billy.

Menurutnya, barisan muda telah cuba memberikan yang terbaik, namun gagal menyaingi skuad lawan yang diperkuat dengan kehadiran tujuh pemain dari skuad Johor Darul Ta’zim I.

“Kita tidak takut untuk memberi peluang kepada pemain muda bermain dan dan mereka menunjuk se-

Ketiadaan Bobby dan Milos juga banyak mempengaru­hi corak permainan kita di mana jentera serangan agak buntu untuk mencari gol. Ian Andrew Gillan Ketua Jurulatih Sarawak

mangat melawan yang begitu tinggi.

“Sudah tentu kelebihan amat memihak skuad lawan kerana mereka dibarisi tujuh pemain dari JDT I yang cukup berpengala­man,” tambah Ian lagi.

Pada perlawanan tersebut, pemain pertahanan JDTII kelahiran Brazil, Bruno Soares meledak jaringan pertama pada minit ke-37.

Minit ke-42, giliran pemain tengah dari Argentina, Nico Fernandes mencetak nama selaku penjaring JDTII.

Ia kekalahan kelima Sarawak setakat ini dalam kempen Liga Premier untuk meletakkan mereka di tangga keenam dengan mengumpul 12 mata dari 15 perlawanan.

Skuad itu akan meneruskan kempen menentang UKM FC pada 27 Mei ini di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? SENGIT: Pemain JDT II, Darren Yee Deng Lok (dua kanan) diasak oleh dua pemain Sarawak, Mohammad Dzulazlan Ibrahim dan Mohd Hairol Mokhtar (kiri) pada perlawanan Liga Premier di Stadium Majlis Perbandara­n Pasir Gudang, Johor Bahru kelmarin.
— Gambar Bernama SENGIT: Pemain JDT II, Darren Yee Deng Lok (dua kanan) diasak oleh dua pemain Sarawak, Mohammad Dzulazlan Ibrahim dan Mohd Hairol Mokhtar (kiri) pada perlawanan Liga Premier di Stadium Majlis Perbandara­n Pasir Gudang, Johor Bahru kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia