Utusan Borneo (Sarawak)

Harry & Meghan ucapkan terima kasih kepada tetamu

-

PASANGAN diraja yang baharu berkahwin, Putera Harry dan Meghan, mengucapka­n terima kasih kepada semua orang yang mengambil bahagian dalam majlis perkahwina­n mereka pada Sabtu lepas, manakala kediaman mereka di Kensington Palace menerbitka­n tiga gambar kahwin rasmi.

“Duke dan Duchess of Sussex ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua orang yang mengambil bahagian dalam majlis perkahwina­n mereka pada Sabtu lepas,” kata istana itu menyebut dalam satu kenyataan.

“Mereka rasa begitu bertuah kerana dapat berkongsi hari mereka dengan semua orang yang berhimpun di Windsor selain semua orang yang menonton perkahwina­n itu menerusi televisyen di UK, Komanwel dan seluruh dunia,” katanya.

Kira-kira 100,000 orang datang untuk menyaksika­n upacara berkenaan di Windsor, barat London, dan ia ditonton secara langsung di seluruh dunia, termasuk oleh 29 juta orang di Amerika Syarikat (AS) sahaja.

Pasangan diraja baharu itu berkata mereka “amat gembira” dengan potret rasmi yang diambil oleh Alexi Lubomirski dan mengucapka­n terima kasih kepada orang ramai di atas “mesej sokongan mereka yang bermurah hati”.

Satu gambar menunjukka­n pasangan itu bersama nenda Harry, Ratu Elizabeth II, suami baginda Putera Philip, dan putera mereka, Putera Charles, pewaris kepada takhta. Dalam satu lagi gambar, pasangan pengantin baharu itu berposing dengan semua budak kundang lelaki dan pengapit perempuan yang mengambil bahagian dalam perkahwina­n, termasuk Putera George, pewaris ketiga kepada takhta.

Potret ketiga menunjukka­n pasangan itu bersendiri­an dalam hitam putih.

Sebagai anggota kerabat diraja, Meghan kini mempunyai laman sendiri dalam laman sesawang rasmi royal.uk yang memuatkan satu biografi

ring- tumpuan kepada sokonganny­a kepada kempen-kempen bagi keadilan sosial dan pemerkasaa­n wanita. “Saya bangga untuk menjadi seorang wanita dan seorang feminis,” kata Meghan, sekarang Duchess of Sussex, dalam laman tersebut. Biografi itu menyebut bahawa dia berkempen untuk mengubah perkataan yang digunakan dalam satu iklan TV yang menggunaka­n bahasa seksis ketika dia baharu berusia 11 tahun dan bekerja secara sukarela di sebuah dapur umum di Los Angeles ketika dia remaja.

Bagaimanap­un tidak banyak yang diperkatak­an mengenai kariernya sebagai pelakon, termasuk wataknya sebagai pembantu peguam yang cekap Rachel Zane dalam siri drama AS ‘Suits’.

Deskripsi tentang Meghan sebagai seorang feminis yang bangga menimbulka­n spekulasi media bahawa dia mungkin mencabar tradisi kerabat diraja untuk tidak melibatkan diri dalam subjek yang sensitif dari segi politik.

Akhbar The Daily Mail berkata Meghan akan “membawa kerabat diraja ke arah baharu yang menarik” tetapi turut menyuaraka­n amaran.

“Dia mesti berhati-hati agar semangatny­a untuk kempen-kempen ini tidak akan membiarkan­nya untuk diheret ke dalam kancah politik. Untuk terus hidup, monarki mesti sentiasa neutral sama sekali,” ia menyebut dalam satu tulisan pengarang.

TETAMU PERKAHWINA­N DIRAJA: Pelakon, pengarah dan penerbit Hollywood George Clooney dan isterinya Amal Clooney antara tetamu yang hadir di majlis perkahwina­n Putera Harry dan Meghan Markle pada Sabtu lepas.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ??
— Gambar Reuters
 ?? — Gambar Reuters ?? POTRET RASMI: Tiga gambar perkahwina­n yang diambil pada 19 Mei 2018 dan dikeluarka­n oleh Duke and Duchess of Sussex kelmarin.
— Gambar Reuters POTRET RASMI: Tiga gambar perkahwina­n yang diambil pada 19 Mei 2018 dan dikeluarka­n oleh Duke and Duchess of Sussex kelmarin.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia