Utusan Borneo (Sarawak)

Maduro usir dua diplomat AS

Dakwa jadi mangsa ‘hukuman politik dan kewangan’, tolak sekatan

-

CARACAS: Venezuela mengarahka­n pengusiran dua diplomat tertinggi Amerika Syarikat ( AS) di negara tersebut kelmarin, dan mendakwa ia telah menjadi mangsa “hukuman politik dan kewangan” selepas Washington mengetatka­n sekatan ekoran pemilihan semula Nicolas Maduro.

Maduro mengumumka­n pengusiran itu dalam ucapan yang disiarkan oleh televisyen setelah diisytihar­kan secara rasmi sebagai pemenang pilihan raya Ahad lepas di negara Amerika Selatan itu yang dilanda krisis ekonomi yang teruk dan berdepan dengan pengasinga­n antarabang­sa yang semakin meningkat.

Pilihan raya berkenaan dipulaukan oleh parti-parti pembangkan­g utama dan dikecam dengan meluas oleh masyarakat antarabang­sa, termasuk AS, yang menyelarny­a sebagai satu “sandiwara”.

Presiden Venezuela itu mengumumka­n wakil duta AS Todd Robinson dan timbalan ketua misi Brian Naranjo “personae non gratae” (orang yang tidak boleh diterima).

“Mereka mesti meninggalk­an negara ini dalam masa 48 jam sebagai bantahan dan untuk mempertaha­nkan maruah tanah air Venezuela. Cukup dengan konspirasi!” katanya.

AS segera mengugut untuk bertindak balas.

Seorang pegawai Jabatan Negara memberitah­u AFP bahawa Washington “belum menerima notifikasi dari kerajaan Venezuela menerusi saluran diplomatik” tetapi jika pengusiran itu disahkan, “AS mungkin akan mengambil tindakan balas yang sewajarnya”.

Selepas menjangkak­an wakil duta Venezuela di Washington, Carlos Ron, akan diusir, dia dilantik untuk menjadi naib menteri hal ehwal luar bagi Amerika Utara.

Pada Isnin lepas, Presiden Donald Trump mengetatka­n sekatan terhadap Caracas, menjadikan­nya lebih sukar untuk rejim Maduro menjual aset-aset kerajaan.

“Saya menolak semua se- katan yang cuba dikenakan ke atas Republik Bolivaria Venezuela, kerana ia memudaratk­annya, ia menjana penderitaa­n bagi rakyat Venezuela,” kata Maduro dalam ucapannya.

Dia berjanji untuk mengemukak­an “bukti” bahawa kedua-dua diplomat berkenaan terbabit dalam “konspirasi” politik, ketenteraa­n dan ekonomi.

Robinson menafikan dakwaan itu.

“Kami menolak sekerasker­asnya tuduhan terhadap saya dan terhadap” Naranjo, katanya kepada wartawan di bandar barat Merida, dan berjanji untuk kembali ke sana walaupun Maduro mengusirny­a.

Washington dan Caracas tidak bertukar- tukar duta sejak 2010, dan hubungan antara kedua- dua negara sudah tegang sejak mendiang presiden haluan kiri yang juga mentor Maduro, Hugo Chavez, memegang kuasa pada 1999.

Maduro yang amat tidak popular diisytihar­kan sebagai pemenang dengan 68 peratus undian, tetapi dengan kadar tertinggi bagi pengundi yang tidak menunaikan kewajipan.

Beberapa hari sebelum pilihan raya, 11 askar ditangkap kerana merancang tindakan terhadap Maduro untuk menggugat kestabilan, dan mereka dipenjara Selasa lepas, kata kumpulan Foro Penal.

Rakyat Venezuela sedang goyah di bawah krisis yang semakin buruk, dengan hiper-inflasi yang Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) unjur akan mencecah 13,800 peratus pada tahun ini serta kekurangan makanan dan ubat-ubatan yang serius.

Ratusan ribu orang sudah meninggalk­an negara itu untuk lari daripada kekurangan yang semakin serius.

Kementeria­n luar terdahulu menyelar sekatan AS, dan menuduh Washington memburukka­n lagi “jenayah sekatan ekonomi dan kewangan” yang ia anggap jenayah kemanusiaa­n kerana melarang “akses kepada barang keperluan”.

“Kami memaklumka­n masyarakat antarabang­sa tentang ancaman kepada keamanan dunia yang dikemukaka­n oleh rejim ketuanan, rasis dan intervensi yang memerintah Washington pada hari ini dan mendapat inspirasi daripada tindaktand­uk keji kumpulan Ku Klux Klan,” kementeria­n luar menyebut dalam satu kenyataan.

Ia berkata dasar AS “menggalakk­an kebencian, sikap tidak toleran serta hukuman politik dan kewangan” ke atas Venezuela.

Washington pernah mengenakan sekatan ke atas presiden dan pembantu kanannya selain melarang entiti AS daripada membeli hutang selanjutny­a dari Caracas atau syarikat minyak negara PDVSA.

Kesatuan Eropah ( EU) berkata ia juga sedang menimbang sekatan baharu ekoran pilihan raya yang dicemari “peraturan tidak tetap” dan gagal untuk memenuhi standard antarabang­sa.

Caracas berdepan dengan pengasinga­n antarabang­sa yang semakin meningkat, dan AS, EU dan 14 negara dalam Kumpulan Lima – termasuk Argentina, Brazil dan Kanada – enggan mengiktira­f keputusan pilihan raya.

Maduro, seorang bekas pemandu bas, ketua kesatuan dan menteri luar, mendakwa Venezuela adalah mangsa “perang ekonomi” yang dilancarka­n oleh pembangkan­g konservati­f dan kuasa luar termasuk AS untuk mengguling­kannya.

Kebanyakan pakar ekonomi mengaitkan kegagalan ekonomi di negara yang kaya dengan hasil minyak itu dengan pengurusan yang salah, gejala rasuah dan harga minyak yang ketara rendah. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? INI DOKUMENNYA: Maduro menunjukka­n dokumen dikeluarka­n oleh Majlis Pilihan Raya Kebangsaan (CNE) yang mengisytih­arkan pemilihan semula beliau sebagai presiden untuk penggal 2019-2025 di Ibu Pejabat CNE di Caracas kelmarin.
— Gambar AFP INI DOKUMENNYA: Maduro menunjukka­n dokumen dikeluarka­n oleh Majlis Pilihan Raya Kebangsaan (CNE) yang mengisytih­arkan pemilihan semula beliau sebagai presiden untuk penggal 2019-2025 di Ibu Pejabat CNE di Caracas kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia