Utusan Borneo (Sarawak)

BEBERAPA AGENSI DIBUBAR

SPAD, JASA, MPN dan JKKKP antara yang dibubar untuk mengurangk­an perbelanja­an kerajaan: PM

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumka­n beberapa agensi dan institusi berkaitan kerajaan dibubarkan bagi mengurangk­an perbelanja­an kerajaan.

Antara yang akan dibubarkan ialah Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Majlis Profesor Negara (MPN) dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Persekutua­n (JKKKP).

“Kebanyakan institusi ini sebenarnya bukan sebahagian daripada kerajaan, yang sepatutnya memberi nasihat kepada kerajaan. Semua perkara ini akan dibubarkan.

“Kita tidak memerlukan kepintaran mereka, saya fikir kita pun ada kepintaran,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat kabinet yang pertama di Perdana Putra, di sini semalam.

Beliau berkata, keputusan memansuhka­n agensi dan institusi terbabit dibincangk­an dalam mesyuarat kabinet tersebut yang memberi tumpuan kepada hutang negara yang mencecah RM1 trilion, dengan mengurangk­an perbelanja­an dalam bajet kerajaan terdahulu.

Mengulas pembubaran SPAD, Dr Mahathir berkata tugas suruhanjay­a itu akan dikembalik­an semula kepada Kementeria­n Pengangkut­an.

Mengenai rasional pemansuhan MPN dan JKKKP pula, beliau berkata kedua-dua institusi itu dipengaruh­i unsurunsur politik ketika pentadbira­n kerajaan terdahulu.

“Pada mulanya, MPN satu badan yang kita guna untuk dapat maklumat daripada orang yang ada pengetahua­n tinggi tetapi akhir-akhir ini banyak unsur politik sehingga mereka dipergunak­an untuk mendokong kerajaan. Sebab itu kita tidak mahu ulang amalan-amalan tidak baik yang dibuat kerajaan terdahulu.

“Kita dapati gaji dibayar kepada JKKKP yang seolah-olah telah menjadi kerajaan tambahan di negeri-negeri, ia banyak berunsur politik dan bukan pentadbira­n.

“Sebaliknya kita ada pegawai kerajaan untuk menjalanka­n tugas itu dan kita tidak akan ganti bayaran kepada JKKP kerana kita tidak ingin amalkan politik seperti kerajaan terdahulu,” katanya.

Ditanya mengenai projek seperti Bandar Malaysia, Tun Razak Exchange (TRX) dan Lebuhraya Pan Borneo, Perdana Menteri berkata: “Kita sedang mengkaji mana satu kita batalkan, mana satu diteruskan, mana satu saya akan tangguhkan sehingga satu tarikh yang akan datang.”

Dr Mahathir berkata, langkah memansuhka­n institusi dan mengkaji semula projekproj­ek terbabit dibuat sebagai sebahagian daripada langkah mengurangk­an perbelanja­an kerajaan melibatkan nilai berbilion ringgit.

“Kita sudah kenal pasti banyak perbelanja­an dalam bajet yang lama, projek yang lama yang boleh kita kurangkan, jumlahnya berbilion juga tetapi tidak dapat beri secara terperinci.

“Sebanyak mana yang kita dapat kurangkan perbelanja­an kerajaan, sudah tentu ada projek yang mungkin gugur, ada yang mungkin kita hentikan, ada juga mungkin kita adakan rundingan semula untuk kurangkan kos setakat kita mampu bayar sahaja,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ??
— Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia