Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki dilapor hilang selepas ke tandas

Gerakan mencari mangsa dilancarka­n penduduk kampung dan anggota polis Beluru

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Pada 21 Mei lalu, jam 8 malam, Bengkong Buntak, 58, dari Rumah Edward Usah, Sungai Sebindang Bok, Tinjar, memberitah­u beliau hendak ke tandas yang terletak di hadapan rumah panjang mereka.

Namun itulah kali terakhir kelibatnya dilihat penduduk rumah panjang berkenaan, sebelum mangsa dilaporkan hilang awal petang semalam.

Menurut anak perempuan mangsa Winnie Bengkong yang membuat laporan mengenai kehilangan bapanya di Balai Polis Beluru di Bakong, seorang saksi dari rumah panjang mereka melihat bapanya keluar dari rumah dengan berseluar pendek berpoket serta berbaju berkolar warna hitam dan kuning sambil membawa lampu suluh.

Mangsa ketika itu ada memberitah­u mahu pergi ke tandas di hadapan rumah panjang mereka, namun selepas itu mangsa tidak muncul-muncul lagi.

Pada 22 Mei, gerakan mencari dan usaha mengesan telah dilakukan penduduk kampung bersama anggota dari Balai Polis Beluru di sekitar kawasan kebun dan hutan berdekatan, namun tidak menemui sebarang petunjuk.

Sehingga tengah hari semalam, mangsa masih belum ditemui, menyebabka­n penduduk mendapatka­n khidmat Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi membantu mencari mangsa.

Seramai 11 anggota diketuai Ketua Balai Bomba Lopeng Terry Robson pergi ke tempat kejadian menggunaka­n sebuah jentera FRT, kenderaan utiliti dan sebuah bot untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

Menurut anaknya, mangsa sebelum ini kelihatan sering termenung, malah pernah meluahkan hasrat mahu mati kerana selalu terkenang akan mendiang isterinya yang meninggal dunia pada Januari lalu.

Selain penduduk kampung, pihak polis serta pasukan bomba dan penyelamat, operasi SAR itu turut disertai anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Sehingga awal petang semalam, mangsa masih belum ditemui.

 ??  ?? HILANG: Mangsa, Bengkong Buntak dari Rumah Edward Usah masih belum ditemui setakat berita ini ditulis jam 2 petang semalam.
HILANG: Mangsa, Bengkong Buntak dari Rumah Edward Usah masih belum ditemui setakat berita ini ditulis jam 2 petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia