Utusan Borneo (Sarawak)

Dakwaan Bustari melarikan wang Pan Borneo fitnah

Bustari, pemilik syarikat Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd masih berada dalam negara: Fadillah

- Oleh Saibi Gi dan Abdul Hakim Bujang

KUCHING: Dakwaan di media sosial mengatakan ahli perniagaan Tan Sri Bustari Yusof melarikan diri ke luar negara bersama wang berbilion ringgit hasil projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak merupakan fitnah.

Adiknya Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof mengesahka­n Bustari, pemilik syarikat Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) masih berada dalam negara.

Bustari yang akrab dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan tidak membayar kontraktor­kontraktor terbabit dalam pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak.

“Mereka cuba mewujudkan sentimen (mereka-reka cerita). Dia (Bustari) ada dalam negeri,” kata Fadillah yang juga bekas Menteri Kerja Raya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Dakwaan itu tersebar meluas menerusi media sosial sejak beberapa hari lepas.

LBU merupakan syarikat rakan penyampai projek (PDP) bagi pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak yang kini sedang dalam proses pembinaan.

Artikel yang tular itu mendakwa Bustari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mengambil RM4 bilion daripada Kementeria­n Kewangan tetapi semua kontraktor projek itu tidak menerima apa-apa bayaran.

Dakwaan mengatakan selepas Barisan Nasional (BN) kalah pada PRU14, beliau tidak dapat dihubungi oleh kontraktor-kontraktor bagi tujuan mengutip bayaran.

Fadillah berkata dalam ingatan beliau, setakat April 2018, sejak projek bermula September 2015 dengan pelaksanaa­n kerja sektor Telok Melano–Sematan, jumlah keseluruha­n kerja bernilai RM2.54 bilion yang telah dibayar kepada kontraktor pakej tersebut berpanduka­n terma- terma pembayaran.

Fadillah turut menafikan dakwaan projek LBU dibayar RM27 bilion yang kononnya projek itu hanya berharga RM12.5 bilion.

“Peruntukan RM27 bilion adalah untuk membina keseluruha­n Pan Borneo meliputi 936 kilometer di Sarawak dan 727 kilometer di Sabah sedangkan LBU hanya PDP bagi Pan Borneo Sarawak,” katanya.

Beliau turut menafikan sebarang salah laku kerana pelaksanaa­n sesebuah projek berskala besar di negara ini perlu melalui proses semakan pengurusan nilai, bermula di peringkat Unit Perancang Ekonomi (EPU)/Unit Kerjasa- ma Awam Swasta (UKAS) dan Majlis Ekonomi Negara (EC) sebelum ke Jemaah Menteri.

Justeru bagi Projek Pan Borneo yang dikategori­kan berskala besar, ia perlu melalui proses berkenaan.

“Dakwaan yang cuba mengaitkan saya ketika menjadi Menteri Kerja Raya (KKR) dalam proses pemberian kontrak Lebuh Raya Pan Borneo kepada syarikat PDP Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana KKR tidak memainkan peranan dalam memutuskan projek,” tegasnya.

Terdapat tiga jawatankua­sa yang memantau pelaksanaa­n projek Pan Borneo Sarawak iaitu:

i) Jawatankua­sa Induk dipengerus­ikan Ketua Setiausaha Negara

ii) Jawatankua­sa Tender dipengerus­ikan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak

iii) Jawatankua­sa Harga dan Teknikal dipengerus­ikan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an Sarawak.

Kementeria­n Kerja Raya hanya bertindak sebagai pemeriksa untuk memantau pematuhan dalam proses pelaksanaa­n projek berkenaan.

“Manakala bayaran kepada kontraktor dan PDP dibayar setelah disahkan oleh konsultan jawatankua­sa kewangan dan dibayar oleh Kementeria­n Kewangan bukannya oleh Kementeria­n Kerja Raya,” jelasnya.

Mereka cuba mewujudkan sentimen (merekareka cerita). Dia (Bustari) ada dalam Negeri. Datuk Seri Fadillah Yusof Ahli Parlimen Petra Jaya

 ??  ?? FADILLAH
FADILLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia