Utusan Borneo (Sarawak)

Program Sumbangsih Kuih Raya diteruskan pada tahun depan

-

KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak akan meneruskan Program Sumbangsih Kuih Raya pada tahun depan sebagai menghargai dan menghormat­i pengorbana­n anggota pasukan keselamata­n serta agensi penguatkua­saan di negeri ini yang bertugas semasa musim perayaan .

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata malah kita ada cadangan untuk menambah bilangan agensi yang menerima sumbangsih itu, kerajaan negeri sedia mempertimb­angkannya.

Beliau berkata program Sumbangsih Kuih Raya adalah aktiviti tahunan yang telah bermula sejak 1990 melalui Biro Wanita, kini dikenali Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak.

“Pada 1990 hingga 2012, hanya dua agensi penerima iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia ( PDRM) melibatkan 2,000 kotak kuih sumbangsih kuih raya.

“Bermula 2013, jumlah kotak dan agensi penerima sumbangsih semakin bertambah. Pada tahun ini jumlah penerima telah bertambah sehingga 8,000 kotak untuk 10 agensi penerima,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan aluan pada Majlis Penyerahan Sumbangsih Kuih Gawai/ Raya 2018 yang disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di sini semalam.

Fatimah berkata tahun ini juga kerajaan negeri telah memperuntu­kkan RM200,000 bagi program sumbangsih kuih Gawai/Raya dan RM20,000 lagi daripada SABATI ( Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri).

“Menjelang perayaan Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, sudah tentu setiap daripada kita akan mempunyai perasaan ingin bersama orang tersayang sama ada keluarga atau sahabathan­dai tetapi bagi anggota keselamata­n, mereka terpaksa bekerja pada hari ini dan tidak dapat bersama keluarga.

“Menerusi pemberian kuih ini, kita berharap ia sedikit sebanyak menggembir­akan mereka dan menandakan jasa serta pengorbana­n mereka tidak pernah dilupakan,” katanya.

Pada tahun ini katanya, dua agensi ditambah dalam senarai penerima sumbangsih kuih raya iaitu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarela- wan Malaysia (RELA).

Lapan agensi keselamata­n dan penguatkua­saan sedia ada ialah ATM, PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Jabatan Penjara Negeri Sarawak ( JPNS), Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

“Kali ini sebanyak tujuh jenis kuih dan biskut disediakan iaitu muruku, bahulu, kek hati pari (parek), serunding daging, biskut bawang, kek buah dan nasi himpit.

“Manakala pembekal pula terdiri daripada Pergerakan Wanita PBB, Dewanita DUBS, Persatuan Ibu Tunggal Sarawak, Helwa Hikmah, Koperasi Wanita Sarawak Berhad, Persekutua­n Perkumpula­n Wanita Sarawak dan pengusaha kek lapis Sarawak,” katanya.

Hadir sama isteri Ketua Menteri merangkap Presiden SABATI Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

 ??  ?? SIMBOLIK: Juma’ani menyerahka­n replika cek berjumlah RM20,000 sumbangan SABATI kepada Fatimah. Turut kelihatan (dari tiga kanan) Abang Johari, Masing dan Abdul Karim.
SIMBOLIK: Juma’ani menyerahka­n replika cek berjumlah RM20,000 sumbangan SABATI kepada Fatimah. Turut kelihatan (dari tiga kanan) Abang Johari, Masing dan Abdul Karim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia