Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan belum putuskan batal larangan Clare Rewcastle Brown masuki Sarawak

-

KUCHING: Kerajaan negeri masih belum memutuskan untuk membatalka­n larangan memasuki Sarawak terhadap pengasas dan editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ketika ini larangan memasuki negeri ini terhadap anak kelahiran Sarawak itu masih berkuat kuasa sejak dilaksanak­an pada 3 Julai 2013.

“Beliau (Clare) masih dalam senarai (individu yang dilarang memasuki Sarawak) sejak pentadbira­n Ketua Menteri terdahulu ( Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem).

“Namanya (Clare) masih dalam senarai itu. Saya belum membuat keputusan untuk mengeluark­an namanya dari senarai itu,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyempurn­akan Majlis Penyerahan Sumbangsih Kuih Gawai/ Raya 2018 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Clare dilarang memasuki Sarawak kerana banyak mengkritik pentadbira­n negeri ini yang ketika itu di bawah Ketua Menteri yang kini Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Pada 19 Mei lalu, Clare yang dikatakan telah mem- bongkar isu penyelewen­gan dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) pulang ke Malaysia selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) membatalka­n waran tangkap terhadapny­a.

Beliau dikatakan mengambil keputusan pulang ke Malaysia selepas dimaklumka­n laman berita miliknya tidak lagi disekat kerajaan selain waran tangkap ke atasnya dibatalkan.

Selain Clare, antara in- vididu yang dilarang memasuki Sarawak ialah Abdul Malik Abu Kassim, S Amiga ( Bersih), Andrew Khoo, Carol Yong, Colin Nicholas, Cynthia Gabriel, Fahmi Reza, Haris Ibrahim, Mohamad Sabu, Hew Kuan Yow, Jannie Lasimbang, Jerald Joseph, Joo Hann Tan, Kua Kia Soong, Mandeep Singh, Maria Chin Abdullah (Bersih), N Gobala Krishnan, Nurul Izzah Anwar, Ong Boon Keong, Ooi Leng Han, Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution Ismail, Sivarasa Rasiah, Steven Ng, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Syed Ibrahim Syed Noh, Teo Nie Ching, Teresa Kok, Tian Chua, Tony Pua, P Waythamoor­thy, Wong Chin Huat, Zuraida Kamaruddin, Mogan Shamugan, Sim Tze Tsin, Teh Hoong Keat, Ricky Liew, Ibrahim Ali dan Ridhuan Tee Abdullah.

Dalam perkembang­an lain, Abang Johari berkata, beliau tidak mahu men- gulas mengenai ketiadaan wakil Sarawak dalam barisan menteri kabinet kerajaan persekutua­n yang baharu di bawah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya tidak tahu ( mengenai perkara ini), terpulang kepada Pakatan Harapan. Saya tidak mahu mengulas mengenai perkara ini.

“Mereka dalam kerajaan (sekarang), biarlah mereka yang membuat keputusan,” ujarnya ringkas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia