Utusan Borneo (Sarawak)

Orang yang berintegri­ti tidak akan melakukan amalan rasuah dalam apa jua keadaan, kata Talib

-

SIBU: Usaha berterusan perlu dilakukan untuk memupuk integriti dan nilai-nilai etika tinggi kerana orang yang berintegri­ti tidak akan melakukan amalan rasuah dalam apa jua keadaan.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata, usaha membantera­s amalan rasuah amat memerlukan kerjasama dan sokongan semua pihak termasuk segenap lapisan masyarakat.

“Dalam hal ini, masyarakat harus memainkan peranan dengan membantu agensi penguatkua­saan memerangi rasuah secara menyeluruh,” jelasnya ketika merasmikan Program Integriti Pemimpin Bersama Masyarakat Siri 2 Tahun 2018 di Dewan Kompleks Islam Sibu di sini, semalam.

Tegasnya, masyarakat juga perlu bertindak sebagai telinga dan mulut kepada pihak berkuasa dalam usaha memerangi jenayah rasuah.

“Dalam konteks ini, orang ramai wajar berani melaporkan sebarang kesalahan rasuah yang berlaku di sekeliling mereka.

“Ini adalah tanggungja­wab

Dalam hal ini, masyarakat harus memainkan peranan dengan membantu agensi penguatkua­saan memerangi rasuah secara menyeluruh. Datuk Talib Zulpilip Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman)

kita bersama sebagai rakyat yang mahukan amalan rasuah dibanteras,” ujarnya.

Talib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Jepak mengingatk­an para peserta supaya tidak melibatkan diri dalam kegiatan rasuah.

Terdahulu dalam ucapan alu-aluannya, Residen Bahagian Sibu Charles Siaw berkata, program tersebut telah disertai lebih 400 jemputan daripada agensi persekutua­n, negeri dan ketua- ketua masyarakat pelbagai kaum.

Menurutnya, program tersebut merupakan usaha berterusan kerajaan membentuk dan membudayak­an masyarakat berintegri­ti yang meliputi semua peringkat termasuk pegawai awam, pemimpin masyarakat dan seluruh lapisan masyar- akat.

“Ini penting kerana dengan integriti dan keutuhan peribadi boleh menjamin keberkesan­an sistem penyampaia­n perkhidmat­an di pelbagai peringkat seterusnya mencapai kesejahter­aan rakyat dan kemakmuran negara,” jelasnya.

Katanya, kemajuan sesebuah negeri bukan sahaja dinilai daripada kekuatan ekonomi tetapi juga aspek ketelusan dan integriti.

Turut hadir Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, Ahli Parlimen Lanang Alice Lau, Pengarah Integriti dan Ombudsman Negeri Jabatan Ketua Menteri Adana Jed, Penolong Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak Jutim Nyagam dan Pegawai Daerah Sibu Awang Yusof Awang Mostapha.

 ??  ?? BENDUNG RASUAH: Talib (empat kiri), Alice (tiga kiri), Oscar (tiga kanan), Charles (dua kanan) bersama tetamu melakukan simbolik perasmian Program Integriti Pemimpin Bersama Masyarakat di Dewan Kompleks Islam Sibu, semalam.
BENDUNG RASUAH: Talib (empat kiri), Alice (tiga kiri), Oscar (tiga kanan), Charles (dua kanan) bersama tetamu melakukan simbolik perasmian Program Integriti Pemimpin Bersama Masyarakat di Dewan Kompleks Islam Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia