Utusan Borneo (Sarawak)

PERKIP Cawangan Hospital Sri Aman masak, agih bubur lambuk

-

KUCHING: Kemuliaan Ramadan terus disemarakk­an dengan penganjura­n pelbagai aktiviti kemasyarak­atan termasuk aktiviti memasak bubur lambuk secara bergotong-royong menyediaka­n juadah berbuka puasa.

Tidak ketinggala­n Persatuan Kebajikan Islam Perubatan (PERKIP) Cawangan Hospital Sri Aman yang memulakan aktiviti penyediaan dan memasak bubur lambuk seawal jam 8 pagi melibatkan lebih 20 ahli di Surau Hospital Sri Aman di sini, semalam.

Tradisi memasak bubur lambuk yang diadakan setiap tahun oleh PERKIP pada bulan Ramadan ini merupakan satu inisiatif menyemarak­kan sambutan Ramadan di samping mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara warga hospital dan Jabatan Kesihatan Bahagian Sri Aman.

Pengarah Hospital Sri Aman Dr Balachanda­r S. Sayapathi berkata, program itu diharap dapat merapatkan hubungan silaturahi­m selain tanda ingatan serta menghargai segala sumbangan dan hubungan baik kakitangan hospital dalam menjalanka­n tugas harian mereka.

Katanya program kemasyarak­atan itu diharap dapat diteruskan setiap tahun kerana ia bukan sahaja dapat mengeratka­n silaturrah­im antara staf berbilang kaum dan agama, malah dapat memupuk semangat kerjasama dalam setiap tugasan yang direncan.

Pada program itu, lebih 700 mangkuk bubur lambuk dan buah kurma berjaya diagihkan kepada kakitangan Hospital Sri Aman dan Jabatan Kesihatan Bahagian Sri Aman serta para pesakit di Hospital Sri Aman untuk juadah berbuka puasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia