Utusan Borneo (Sarawak)

Bufet Ramadan ‘Juh Sungkei’ tarik lebih 4,500 pengunjung

-

KUCHING: Terkenal dengan hidangan bufet Iftar terbaik di bandar raya ini, Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) berjaya menarik lebih 4,500 pengunjung ke Bufet Ramadan ‘Juh Sungkei di BCCK’ sepanjang lima hari lalu.

Pasukan kuliner di bawah arahan Chef Eksekutif Desmond Antony telah turun padang sejak Bufet Ramadan dilancarka­n pada 18 Mei lalu.

Lebih 150 jenis hidangan berbuka puasa terdiri daripada makanan tempatan dan antarabang­sa disajikan di geraigerai ala kampung dan stesen memasak secara langsung, yang merupakan hidangan setiap malam dari 18 Mei hingga 12 Jun.

Menu khas Bufet Ramadan di BCCK adalah kambing panggang, poached prawns and mussels, chicken shawarma, laksa Sarawak, sup tulang soto, bubur lambuk daging atau makanan laut (bubur nasi), Korea kimchi and chicken stew, Japan shabu shabu, bakso dari Indonesia, Spain paella rice dengan beraneka makanan laut dan banyak lagi.

Untuk hidangan pencuci mulut, terdapat fondue atau chocolate fountain dengan pelbagai ‘ dippers’, aiskrim dalam perisa yang berbeza mendahului dengan perasa pilihan seseorang dan pelbagai jenis biskut dan kek.

BCCK memberikan 100 tiket percuma sebagai tanda penghargaa­n kepada pelanggann­ya.

Orang ramai yang membeli tiket Bufet Ramadan dalam talian dan makan di antara 18 hingga 23 Mei ini berpeluang menjadi salah seorang pemenang.

Bulan Ramadan bukan hanya berpuasa tetapi juga masa untuk memberi kembali kepada masyarakat.

Aktiviti tanggungja­wab sosial korporat BCCK untuk tahun ini adalah menjalanka­n kempen pendermaan buku atau ‘Book Donation Campaign’ untuk kanak- kanak yang tinggal di Rumah KanakKanak Batu 12.

Orang ramai dijemput menderma buku baharu atau buku yang sudah digunakan sesuai untuk kanak-kanak berumur tiga hingga 18 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif BCCK Eric Van Piggelen berkata: “Kami mahu memupuk tabiat membaca dalam kalangan kanak-kanak kerana membaca meluaskan minda kanak-kanak dan kemahiran yang diperlukan untuk kejayaan seumur hidup.

“Kotak untuk memasukkan derma terletak di BCCK Concourse A, Level 2. Jadi bawa buku yang akan disumbangk­an apabila anda datang untuk berbuka puasa di sini, antara 18 Mei hingga 12 Jun,” katanya.

Bufet Ramadan ‘Juh Sungke di BCCK’ bermula pada 18 Mei lalu hingga 12 Jun 2018 dari jam 6.30 petang hingga 10 malam.

Untuk tempahan atau pertanyaan, sila layari www.bcck. org. my atau hubungi 082392889.

 ??  ?? SYURGA MAKANAN: Pengunjung yang menikmati hidangan Bufet Ramadan ‘Juh Sungke di BCCK’ di Kuching.
SYURGA MAKANAN: Pengunjung yang menikmati hidangan Bufet Ramadan ‘Juh Sungke di BCCK’ di Kuching.
 ??  ?? DERMA: ‘Ramadan Book Donation Campaign’ di BCCK.
DERMA: ‘Ramadan Book Donation Campaign’ di BCCK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia