Utusan Borneo (Sarawak)

Mereka harus mengutamak­an program memberi impak secara langsung kepada masyarakat

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Pihak jawatankua­sa masjid dan surau diingatkan agar bersikap jujur dan amanah dalam menjalanka­n tugas mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata, mereka harus mengutamak­an program yang memberi impak secara langsung kepada masyarakat.

“Harus guna sumbangan dana dengan baik dan berhemah,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Dana/Geran kepada 19 masjid dan surau di bawah DUN Daro di Pejabat Daerah Daro, petang kelmarin.

Menurutnya, fokus harus diberikan kepada program atau acara yang memberikan

Harus guna sumbangan dana dengan baik dan berhemah. Safiee Ahmad ADUN Daro

faedah kepada masyarakat.

Ini bagi memastikan masyarakat sekitar mendapat kesan secara langsung yang positif daripada penganjura­n.

Ia juga dilihat sebagai wadah penyatuan dan perpaduan.

“Surau dan masjid juga merupakan ejen pengukuhan ummah,” ujarnya.

Sementara itu, Safiee turut menyaranka­n pihak terbabit agar mempergiat acara sempena bulan Ramadan.

Masjid atau surau katanya, harus kerap diimarahka­n pada bulan Ramadan untuk umat Islam memperban- yakkan amal dan ibadah.

Peruntukan yang disampaika­n berjumlah RM76,000 di mana ini termasuk RM1,000 bagi setiap surau serta masjid yang merupakan sumbangan daripada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).

Turut hadir pada majlis tersebut Pegawai Daerah Daro Abang Mohammed Abang Turkey dan Pengurus TBS Daerah Daro Yusuf Lai.

 ??  ?? TANGGUNGJA­WAB: Safiee (depan, lima kiri) bersama semua penerima setelah selesai majlis tersebut.
TANGGUNGJA­WAB: Safiee (depan, lima kiri) bersama semua penerima setelah selesai majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia