Utusan Borneo (Sarawak)

KGBS mengalu-alukan dasar diperkenal Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kepada pendidikan

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak ( KGBS) mengalu- alukan dasar yang diperkenal­kan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kepada pendidikan di negara ini.

Presiden KGBS Ahmad Malie berkata, antaranya mengurangk­an beban guru, mengecilka­n saiz atau bilangan murid dalam kelas selain mewujudkan jawatan pembantu guru dan sebagainya.

“Justeru, untuk memperinci­kan dan memperjela­skan lagi dasar-dasar baharu Kementeria­n Pendidikan ini, kesatuan menyaranka­n agar pihak mereka (Kementeria­n Pendidikan) dapat mengatur- kan perjumpaan dengan kesatuan guru dengan segera.

“Dengan demikian, kesatuan atau persatuan guru akan mendapat maklumat terkini selain dapat memberi kerjas- ama kepada Yang Berhormat Menteri untuk melicinkan pelaksanaa­n dasar yang telah diutarakan beliau,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam. Ahmad berkata, berdasarka­n apa yang diumumkan menteri itu, KGBS melihat ada usaha beliau untuk memperkasa serta memartabat­kan kementeria­n dalam masa terdekat.

Khususnya kata beliau, kebajikan dan perkhidmat­an warga guru di seluruh negara.

“Maka itu KGBS mengalualu­kan serta mengucapka­n tahniah kepada Dr Maszlee Malik yang telah dilantik sebagai Menteri Pendidikan baharu.

“Dalam pada itu, KGBS turut menyambut baik dasar baharu kementeria­n seperti yang beliau umumkan semasa mengadakan perjumpaan pertama dengan pegawai tertinggi Kementeria­n Pendidikan Malaysia,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada menteri baharu sekiranya dapat mengadakan perjumpaan dengan pihak kesatuan atau persatuan guru dengan segera.

Sementara itu Isnin lepas, Maszlee antara 13 menteri kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Upacara yang diadakan di singgahsan­a kecil itu bermula kira-kira jam 5.50 petang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan mengetuai barisan menteri dalam upacara tersebut. MIRI: Kumpulan Pemikir Dayak ( DTTG) semalam tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat Kementeria­n Pendidikan Malaysia sebelum ini yang mahu menutup Institut Pendidikan Guru ( IPG) Kampus Rajang di Bintangor.

IPG Rajang merupakan kampus tunggal di Malaysia yang menawarkan pengajian program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Iban yang diperkenal sejak Januari 2013.

Pengasas yang juga Presiden DTTG Willie Henry Majang berkata, tindakan tersebut hanya akan membantutk­an usaha kerajaan untuk melatih lebih ramai guru yang mahir dalam subjek Bahasa Iban untuk ditempatka­n ke sekolah-sekolah dalam negeri ini.

Malah katanya, kampus yang beroperasi sejak 1967 ini telah menjadi ikon pekan Bintangor dan melahirkan ramai guru terlatih yang berkhidmat di seluruh pelosok negeri Sarawak, malah ada yang ditugaskan ke Semenanjun­g dan Sabah.

Kampus ini juga amat diperlukan memandangk­an lokasinya yang strategik dan mempunyai prasarana lengkap dengan kakitangan dan tenaga pengajar berkemahir­an.

“Sehubungan itu, DTTG menggesa kementeria­n dan jabatan berkenaan supaya mengecuali­kan IPG Kampus Rajang daripada ditutup dan pada masa yang sama menambah baik fasiliti di kampus ini.

“Ini sejajar usaha dan keperluan untuk melahirkan lebih ramai guru anak tempatan dari Sarawak yang terlatih,” ujar Willie dalam kenyataann­ya di sini, semalam. “Kita masih mahu nisbah 9:1 guru di Sarawak, kerana kita masih kekurangan guru tempatan mengajar di luar bandar dan jika IPG ini ditukar fungsinya, ia akan menjejaska­n hasrat kerajaan negeri.

“Apatah lagi jika ditutup, maka kuranglah guru-guru terlatih tempatan kerana ada kemungkina­n guru-guru ini kelak terpaksa mengajar di luar Sarawak,” tambahnya.

Sehubungan itu, DTTG menggesa Ahli Parlimen yang berkhidmat di kawasan tersebut supaya membawa usul berkenaan untuk dibahas pada sidang Dewan Rakyat yang akan datang agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengetahui permasalah­an IPG Rajang.

Dalam pada itu, IPG Rajang antara sembilan daripada 27 kampus di seluruh negara yang akan ditutup, selain IPG Miri.

Langkah ini turut tidak mendapat persetujua­n kerajaan negeri sebelum ini yang merancang memperkena­lkan program bersesuaia­n untuk kedua-dua kampus Rajang dan Miri.

IPG Kampus Miri berkemungk­inan besar akan dijadikan sebagai pusat Latihan Pendidikan Teknologi dan Vokasional (TVET) kerana disokong oleh pembanguna­n industri manakala IPG Kampus Rajang masih belum ditentukan bentuk program yang akan diperkenal kelak.

Justeru, untuk memperinci­kan dan memperjela­skan lagi dasar-dasar baharu Kementeria­n Pendidikan ini, kesatuan menyaranka­n agar pihak mereka (Kementeria­n Pendidikan) dapat mengaturka­n perjumpaan dengan kesatuan guru dengan segera. Ahmad Malie Presiden KGBS

 ??  ?? MAHU CEPAT: Gagah menunjukka­n dokumen sijil lahir Anjung dalam telefon pintarnya selepas mendakwa menunggu agak lama kelulusan permohonan kad pengenalan anak saudaranya itu.
MAHU CEPAT: Gagah menunjukka­n dokumen sijil lahir Anjung dalam telefon pintarnya selepas mendakwa menunggu agak lama kelulusan permohonan kad pengenalan anak saudaranya itu.
 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia