Utusan Borneo (Sarawak)

Semakan pembayaran insentif penjawat awam disyor diganti insentif lebih baik

-

KUCHING: Semakan semula pembayaran insentif kepada penjawat awam oleh kerajaan persekutua­n baharu disyorkan untuk diganti dengan insentif lain lebih baik daripada sebelum ini.

Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) Negeri Sarawak atau CNS Ahmad Malie berkata, CNS berasakan bahawa adalah mustahil kerajaan baharu bertindak tidak meneruskan insentif yang amat sensitif itu.

“Walaupun kerajaan baharu berhasrat untuk menyemak semula insentif tersebut, CNS berasakan bahawa adalah mustahil kerajaan baharu bertindak tidak meneruskan insentif yang amat sensitif ini.

“Ia boleh mengecewak­an semua penjawat awam melainkan menggantik­annya dengan sesuatu yang lebih baik daripada yang dijanjikan kerajaan terdahulu,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Beliau berkata bagaimanap­un, CNS masih berpandang­an positif mengenai semakan itu buat sementara dan masih lagi terbuka sekiranya Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) khas untuk semua penjawat awam seperti yang dijanjikan kerajaan sebelum ini dikaji dan disemak semula oleh kerajaan baharu.

“Walaupun kerajaan baharu berhasrat untuk menyemak semula pembayaran insentif ini, CNS tetap berpandang­an positif dengan kemungkina­n bahawa kerajaan baharu akan mengumumka­n insentif lebih baik dan menarik daripada di- janjikan kerajaan terdahulu,” katanya.

Ahmad berkata, sehubungan itu CNS menggesa agar semua penjawat awam di Sarawak akur sementara menunggu apa sahaja keputusan daripada kerajaan baharu yang ada kini.

Kata beliau, CNS amat mengharapk­an agar berita baik akan diumumkan oleh kerajaan baharu kerana memahami bahawa mereka merupakan kerajaan berjiwa rakyat.

Ahmad pada masa yang sama berharap semua penjawat awam khususnya di Sarawak bersabar sementara menunggu Julai.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai status Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi semua penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai nanti akan ditentukan semula kerajaan baharu.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata pengumuman kenaikan KGT pada 1 Julai itu dilakukan kerajaan terdahulu dan kini terpulang kepada kerajaan baharu sama ada mahu melaksanak­annya atau sebaliknya.

“KGT itu adalah janji (kerajaan) dahulu, sekarang kita serah kerajaan baharu untuk tentukan. Kita ikut manifesto kerajaan sekarang,” kata Ali.

Manakala pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmat­an Awam (MAPPA) Ke16 pada 4 April lalu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bersetuju memberi kenaikan gaji bersamaan satu KGT kepada semua penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia