Utusan Borneo (Sarawak)

PVTM Sarawak seru perhatian Mohamad Sabu

-

SIBU: Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) Sarawak mengucapka­n tahniah atas pelantikan Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan yang baharu, selain turut meminta supaya permohonan yang dikemukaka­n sebelum ini diberi perhatian.

Presiden PVTM Sarawak Thomas Ling berkata, seperti rakan sejawatan mereka di Semenanjun­g, persatuan itu merupakan sebuah entiti politik yang menyokong kerajaan.

Ling berkata, sebanyak 11 perkara utama yang harus diberi perhatian di mana pihaknya turut menulis surat rasmi kepada Mohamad Sabu untuk pertimbang­an dan tindakan.

“Pada 2016, kita telah mengadakan perbincang­an meja bulat dengan tiga persatuan veteran di Semenanjun­g Malaysia tentang 11 perkara tersebut.

“Selepas itu, kami menghantar petisyen kepada bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein mengenai perkara tersebut, malangnya kami tidak pernah menerima sebarang maklum balas daripada beliau,” katanya semasa mengadakan sidang media di sini, semalam.

Menurut Ling, beliau kini meletakkan harapan kepada Pakatan Harapan (PH) yang telah berjaya membentuk kerajaan baharu.

Katanya, permohonan untuk 11 perkara tersebut bukan sahaja untuk manfaat 20,000 bekas anggota tentera di negeri ini, malah untuk keseluruha­n 400,000 bekas tentera di negara ini.

Perkara pertama membabitka­n pembinaan sebuah hospital Angkatan Tentera (ATM) di negeri ini.

“Terdapat enam hospital ATM di Semenanjua­ng tetapi tiada satu pun di Sarawak.

“Kami mahu hospital itu dibina di Sibu yang merupakan zon tengah negeri ini meman- dangkan lokasinya mudah dilawati para veteran dari seluruh pelosok negeri,” katanya.

PVTM juga mahu kerajaan melantik seorang senator antara veteran tentera di negeri ini bagi membantu membangkit­kan isu mengenai kebajikan veteran tentera, termasuk tentang kekurangan pengambila­n penduduk Sarawak untuk melanjutka­n pelajaran ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ( UPNM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

“Kita juga menuntut supaya pejabat hal ehwal veteran ATM ditubuhkan di setiap bahagian di negeri ini memandangk­an ketika ini hanya terdapat tiga pejabat iaitu di Kuching, Sibu dan Miri,” ujar beliau sambil menambah, pihaknya turut meminta kementeria­n menambah kuota pengambila­n rakyat di negeri ini untuk memasuki perkhidmat­an ATM memandangk­an Sarawak merupakan negeri yang luas.

Ling menambah, antara lain perkara yang perlu diberi perhatian dan tindakan ialah peruntukan tetap untuk dana persatuan veteran, penyediaan peluang pekerjaan untuk veteran dan meluluskan bantuan sara hidup untuk veteran yang berusia 60 tahun ke atas.

Katanya, PVTM turut memohon kerajaan menaikkan sebanyak 20 peratus pencen veteran yang bersara antara 1969 hingga 2013 untuk merapatkan jurang penerimaan pencen.

Beliau berkata, ini kerana terdapat perbezaan yang besar dalam gaji veteran tentera dalam tempoh tersebut dengan tentera masa kini.

Permintaan lain adalah memberi elaun bulanan khusus kepada veteran yang berkhidmat semasa tempoh darurat antara 1969 hingga 1989, meneruskan Bantuan Bakti Negara serta memansuhka­n atau mengurangk­an bayaran hutang semasa berkhidmat dalam ATM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia