Utusan Borneo (Sarawak)

PIKOM ucap tahniah kepada Gobind Singh Deo

-

KUCHING: Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) mengucapka­n tahniah kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu Gobind Singh Deo.

Menurut Pengerusi PIKOM Ganesh Kumar Bangah, pihaknya percaya pelantikan seorang peguam untuk menerajui portfolio itu akan memastikan rangka kerja serta pengawalse­liaan dalam sektor itu akan sentiasa relevan dan terkini.

“Ini akan menyokong pertumbuha­n industri ICT di Malaysia. Ekonomi Internet Asia Tenggara dijangka berkembang daripada AS$50 bilion hingga AS$ 250 bilion dalam tempoh tahun tahun akan datang.

“Usaha kerajaan sejak pelancaran Koridor Raya Multimedia pada 1996 telah meletakkan Malaysia dalam salah satu kedudukan teratas untuk mendapat manfaat daripada pertumbuha­n tersebut.

“Sokongan pihak kerajaan penting agar tidak kehilangan momentum tersebut dan menjadi modal kepada dunia rangkaian Internet di Asia Tenggara,” jelas Ganesh lagi.

Dalam beberapa tahun kebelakang­an ini, kerajaan telah memberi tumpuan untuk memperkaya dan membolehka­n ekonomi digital yang lebih mantap di Malaysia melalui banyak inisiatif sebagai sebahagian daripada pemacu digital yang strategik.

Pada masa yang sama, momentum itu tidak hilang, malah kerajaan perlu memberi penekanan yang lebih besar untuk menggalakk­an penyertaan tempatan dalam sektor tersebut dengan memastikan PKS tempatan dapat menyertai pertumbuha­n itu.

Sektor e-dagang menyumbang peningkata­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.1 peratus atau 74.6 bilion pada 2016 berbanding 5.9 peratus atau 68.3 bilion pada tahun 2015.

E-dagang merupakan salah satu industri yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara dan dijangka berkembang daripada AS$10 bilion pada 2017 kepada AS$88 bilion pada 2025.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia