Utusan Borneo (Sarawak)

Tugas wartawan diterjemah­kan melalui lukisan

-

KUALA LUMPUR: Kehadiran pengamal media yang mula berkampung di hadapan kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak tujuh hari lepas, telah menarik perhatian seorang pelukis untuk mengabadik­an tugasan wartawan itu melalui lukisan.

Pelukis itu, Tan Poh Chuan, 45, berkata kehadirann­ya adalah sebagai tanda sokongan kepada warga media dalam menjalanka­n tugas tanpa mengira keadaan dan cuaca demi menyampaik­an berita kepada masyarakat.

“Saya berasa tertarik untuk datang ke sini bagi melihat sendiri situasi di sini dan petugas media yang menjalanka­n tugas... saya rasakan ia satu pengalaman yang menarik untuk melukis suasana sekeliling.

“Apa yang berlaku hari ini adalah salah satu lipatan sejarah yang penting pada negara kita. Namun, disebalik maklumat yang diterima masyarakat terdapat individu yang menyampaik­annya iaitu pengamal media yang sering dipandang sepi oleh semua pihak,” katanya yang juga merupakan pemilik sebuah galeri seni di Kepong, di sini.

Beliau yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam seni lukis berkata beliau berharap lukisan tersebut boleh memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk lebih menghargai tugas wartawan untuk melaporkan perkembang­an terkini di dalam negara.

Menurutnya, lukisan yang dihasilkan hari ini menggunaka­n warna air yang berlatarbe­lakangkan kediaman Najib di Langgak Duta, di sini serta kelibat beberapa pengamal media yang sedang menjalanka­n tugas.

“Saya mengambil masa selama 20 minit untuk menyiapkan lukisan ini dan ia adalah untuk simpanan peribadi,” kata Tan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HARGAI MEDIA: Tan menunjukka­n hasil lukisannya yang dilukis di pekarangan kediaman Najib sebagai tanda sokongan kepada pengamal media tempatan dan antarabang­sa yang ‘berkampung’ di kawasan itu sejak 12 Mei lepas, di Jalan Langgak Duta, Taman Duta,...
— Gambar Bernama HARGAI MEDIA: Tan menunjukka­n hasil lukisannya yang dilukis di pekarangan kediaman Najib sebagai tanda sokongan kepada pengamal media tempatan dan antarabang­sa yang ‘berkampung’ di kawasan itu sejak 12 Mei lepas, di Jalan Langgak Duta, Taman Duta,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia