Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Perunding Pertanian Negara ditubuh Tingkatkan produktivi­ti industri asas tani seiring keperluan semasa: Salahuddin

-

PUTRAJAYA: Majlis Perunding Pertanian Negara akan ditubuhkan bagi menjana idea ke arah memperkasa dan meningkatk­an produktivi­ti industri asas tani seiring keperluan semasa, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub.

Beliau berkata majlis itu akan dipengerus­ikan oleh seorang tokoh ternama sektor pertanian selain akan turut melibatkan beberapa nama besar lain yang berupaya memberi nilai tambah.

“Selain meningkatk­an produktivi­ti asas tani, majlis ini juga berperanan menjana cadangan ke arah menambah baik fungsi dan perkhidmat­an kementeria­n secara keseluruha­n,” katanya kepada pemberita selepas memasuki pejabat bagi memulakan tugas rasmi sebagai menteri di sini semalam.

Beliau berkata, penubuhan majlis itu disasarkan selesai dalam tempoh sebulan, dengan kertas cadangan mengenai penubuhann­ya akan dikemukaka­n ke kabinet minggu depan.

Dalam pada itu, Salahuddin mengarahka­n Ketua Setiausaha kementeria­n Datuk Seri Dr Ismail Bakar menyediaka­n laporan lengkap berhubung projek National Feedlot Corporatio­n Sdn Bhd (NFCorp) untuk penilaian semula dari aspek kejayaan dalam meningkatk­an pengeluara­n daging lembu negara.

“Projek ini baik dari segi matlamat tetapi ada kelemahan yang perlu dilihat semula dari segi dasar dan pelaksanaa­n dan jika perlu akan dibawa kepada perhatian Perdana Menteri bagi diberi nafas baharu,” katanya.

Berkenaan pelantikan pengerusi agensi di bawah kementeria­n yang kebiasaany­a terdiri daripada ‘orang politik’, Salahuddin berkata beliau lebih menekankan pemilihan daripada kalangan tokoh profesiona­l dalam bidang pertanian.

Katanya ia selari dengan manifesto Pakatan Harapan ( PH) yang berjanji untuk memastikan setiap agensi kerajaan bebas daripada pengaruh politik terutama dalam lantikan pengerusi dan ahli lembaga pengarah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAH RAKYAT: Salahuddin mengetik kad perakam waktu ketika memasuki pejabat pada hari pertama di kementeria­n itu semalam.
— Gambar Bernama AMANAH RAKYAT: Salahuddin mengetik kad perakam waktu ketika memasuki pejabat pada hari pertama di kementeria­n itu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia