Utusan Borneo (Sarawak)

Kelantan kekal tuntut royalti lima peratus: MB

-

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan kekal dengan tuntutan royalti minyak lima peratus seperti perjanjian yang ditandatan­ganinya dengan Petronas pada 1975, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Bagaimanap­un, katanya Kerajaan Persekutua­n pimpinan Pakatan Harapan 'berjiwa besar' jika mahu memberi 20 peratus sebagaiman­a janji manifeston­ya.

Perkara itu akan dibincangk­an dalam pertemuan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutua­n nanti, katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri yang pertama selepas Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) di Kompleks Kota Darul Naim di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya akan mengutus surat kepada Kerajaan Persekutua­n untuk mengadakan pertemuan itu dalam masa terdekat.

“Kami sedang menunggu waktu yang sesuai untuk melakukan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya...Perkara ini akan kita sebut dalam pertemuan dengan Perdana Menteri (nanti),” kata beliau.

Ahmad berkata hubungan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutua­n berjalan seperti biasa dan pihaknya bersedia untuk meningkatk­an hubungan itu ke arah yang lebih baik.

Sementara itu, beliau berkata mesyuarat hari ini turut bersetuju menubuhkan sebuah jawatankua­sa dikenali sebagai “Bahagian Koordinasi dan Program Khas (BKPK)” bagi memantau pelaksanaa­n program-program dalam manifesto yang dijanjikan pada PRU14 lepas.

“Pelaksanaa­n setiap manifesto yang dijanjikan itu akan dipantau oleh Setiausaha Kerajaan Negeri supaya programpro­gram itu dapat berjalan dengan baik sekali gus hasrat kita untuk melihat Kelantan yang lebih baik tercapai.

“Selain itu, portfolio baharu iaitu Pentadbira­n Awam, Pembanguna­n Wilayah, Kesejahter­aan Rakyat dan Integriti yang disandang Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kini juga akan fokus kepada aktiviti penguatkua­saan penceroboh­an hutan dan tanah kerajaan bagi meningkatk­an hasil pendapatan dan sifar ketirisan kepada kerajaan negeri,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia