Utusan Borneo (Sarawak)

Sedia statistik sebenar projek yang sedang dijalankan: Munir

-

KUALA LUMPUR: Statistik Pembiayaan berkaitan projek semasa di Malaysia, termasuk Laluan Kereta Api Pantai Timur ( ECRL) yang diumumkan kepada orang ramai, mestilah berdasarka­n fakta, dan tidak menyembuny­ikan butirannya, kata Pengerusi Lembaga Profesiona­l Perkhid- matan Kewangan ( FSPB), Tan Sri Mohd Munir Abdul Majid.

Dari sudut pengawal seliaan, integriti sangat penting, termasuk angka, katanya kepada pemberita pada Persidanga­n Etika Perniagaan 2018 di sini semalam.

Mohd Munir berkata ada dakwaan oleh ahli parlimen bahawa kos projek ECRL dinaikkan bagi memperoleh dana pendahulua­n untuk membayar hutang Malaysia.

“Sekiranya perkara sedemikian berlaku, ini jelas salah,” katanya.

Ahli Majlis Penasehat Kerajaan Tun Daim Zainuddin baru- baru ini melaporkan bahawa kos sebenar ECRL itu tidak boleh melebihi RM55 bilion.

Beliau berkata, angka yang umumkan oleh pentadbira­n terdahulu hanyalah ‘untuk fasa pertama projek’.

Daim berkata berkemungk­inan akan ada fasa kedua ECRL, yang menelan kos RM11 bilion, dan jika kadar faedah diambil kira, angkanya akan menjadi lebih tinggi.

Sementara itu, Menteri Kewangan yang baharu dilantik, Lim Guan Eng berkata kerajaan ‘membayar’ obligasi hutang 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) sejak April 2017, dan pembayaran bagi pihak dana negara itu berjumlah RM6.98 bilion.

Beliau juga mengesahka­n bahawa hutang Malaysia melebihi RM1 trilion, dengan faktor penyumbang termasuk hutang 1MDB dan projek mega yang diluluskan oleh kerajaan sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia