Utusan Borneo (Sarawak)

KMJ hargai petugas kerajaan, hospital menerusi Program Singgah Sahur

-

JOHOR BAHRU: Penganjura­n Program Singgah Sahur oleh Kelab Media Johor ( KMJ) buat tahun kelima berturut-turut ke beberapa agensi kerajaan dan swasta di sekitar bandar raya ini dilihat berjaya mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara media dan anggota agensi berkenaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal berkata kerajaan negeri akan sentiasa memberi sokongan terhadap program amal anjuran KMJ terutamany­a dalam memberi impak positif kepada masyarakat.

“Kita berasa bangga kerana KMJ berjaya mengadakan program seumpama ini dan memberi respons yang baik kepada masyarakat.

Segala program dianjurkan KMJ, yang mampu memberi input positif terutama kepada masyarakat, kita akan sokong dan mengalu-alukannya,” katanya yang ditemui pemberita pada Program Singgah Sahur di Hospital Pakar KPJ Johor, awal semalam.

Program berkenaan disertai 50 anggota KMJ menaiki 13 kereta berkonvoi ke beberapa destinasi bagi mengagihka­n 200 bungkus sajian sahur bermula 12.30 malam hingga 4 pagi tadi (semalam).

Destinasi yang dikunjungi adalah Hospital Pakar KPJ Johor, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, Pusat Kawalan Operasi Daerah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Johor serta Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.

Peserta konvoi yang tiba di lokasi pertama, iaitu Hospital Pakar KPJ Johor disambut Sahruddin dan 20 jururawat yang bertugas.

Selain petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), antara wakil media yang turut menyertai konvoi berkenaan adalah Sinar Harian, RTM, Best FM, Astro Awani, TV Alhijrah, Berita Harian dan Utusan Malaysia.

Presiden KMJ, Mohamad Fauzi Ishak yang mengetuai konvoi itu berkata program berkenaan akan diteruskan bagi menghargai jasa anggota dan petugas awam yang perlu bertugas sepanjang Ramadan.

Menurutnya, Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian juga turut memberi sokongan penuh terhadap penganjura­n program berkenaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? IKHLAS: Mohamad Fauzi (tiga kanan) bersama ahli KMJ menyerahka­n beg berisi makanan dan minuman kepada anggota polis Ibu Pejabat Daerah Kota Iskandar dalam Program Singgah Sahur KMJ awal pagi semalam.
— Gambar Bernama IKHLAS: Mohamad Fauzi (tiga kanan) bersama ahli KMJ menyerahka­n beg berisi makanan dan minuman kepada anggota polis Ibu Pejabat Daerah Kota Iskandar dalam Program Singgah Sahur KMJ awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia