Utusan Borneo (Sarawak)

Abdul Azeez sahkan serbuan SPRM, rampasan wang tunai RM500,000

Wang ditemui di kediaman dan pejabatnya bagi misi ke Gaza, Palestin

-

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata sebahagian daripada wang tunai RM500,000 yang dirampas oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam pemeriksaa­n di kediaman dan pejabatnya kelmarin adalah untuk digunakan bagi misi ke Gaza, Palestin.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu yang mengesahka­n ‘ kunjungan’ SPRM ke kediamanny­a di Baling, Kedah dan Subang, Selangor serta ke pejabatnya di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur berkata wang yang ditemui

Anggota SPRM bekerja secara profesiona­l dan saya akan beri kerjasama penuh kepada SPRM yang menjalanka­n siasatan.

itu juga sebahagian­nya adalah peruntukan bagi perbelanja­an UMNO Bahagian Baling.

“Wang berkenaan adalah untuk perbelanja­an ke Gaza, Palestin yang dirancang diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas.

“Wang yang dirampas di Baling pula adalah milik UMNO Bahagian Baling dan ia sepatutnya diberikan kepada rakyat sempena bulan puasa dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi,” kata Abdul Azeez ketika dihubungi Bernama.

Menurut Abdul Azeez, selain wang tunai, SPRM turut merampas jam serta pelbagai mata wang asing.

“Anggota SPRM bekerja secara profesiona­l dan saya akan beri kerjasama penuh kepada SPRM yang menjalanka­n siasatan,” katanya.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a ( Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi turut mengesahka­n mengenai pemeriksaa­n berkenaan dan rampasan keseluruha­n RM500,000 diperoleh dari tiga lokasi yang diperiksa.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima suapan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Shukor Mahmud turut mengesahka­n pemeriksaa­n telah dibuat di kediaman Abdul Azeez di Taman Bemban, Kupang dan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen di Batu 42, Pulai malam kelmarin.

Bagaimanap­un katanya, maklumat lanjut mengenai kes yang disiasat perlu dirujuk kepada SPRM Putrajaya kerana dikendalik­an oleh ibu pejabat dan SPRM negeri sekadar membantu. — Bernama

Datuk Seri Abdul Azeez Rahim Anggota Majlis Tertinggi UMNO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia