Utusan Borneo (Sarawak)

Jurujual diperdaya pasangan penganggur

-

KUANTAN: Polis menahan sepasang suami isteri kerana dipercayai memperdaya seorang jurujual kononnya mampu mempercepa­tkan urusan pembebasan sepupunya daripada tahanan polis sehingga mangsa mengalami kerugian RM3,500.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Yusof berkata dua-dua suspek yang berumur 36 dan 49 tahun yang tidak bekerja itu ditahan di Taman Sungai Isap dan FELDA Bukit Sagu kira-kira jam 11 malam kelmarin.

“Mangsa 22 tahun telah berjumlah dengan suspek wanita berumur 49 tahun di pekarangan kompleks mahkamah di sini pada Mac lalu yang kemudian menawarkan bantuan bagi mempercepa­tkan pembebasan sepupu mangsa yang ditangkap berkaitan kes dadah.

“Suspek kemudian te- lah memberi nombor telefon suaminya, 36, yang didakwa sebagai anggota polis yang bekerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan sebelum ketiga-tiga mereka berjumpa pada 3 Mei lalu di sebuah pusat beli-belah di sini membincang­kan tentang soal pembebasan berkenaan,” katanya.

Selepas perbincang­an itu, mangsa telah menyerahka­n RM3,500 kepada suspek bagi bayaran kepada pihak mahkamah dan memaklumka­n urusan pembebasan berkenaan akan selesai pada 21 Mei lepas.

Namun, katanya, pada hari pembebasan berkenaan suspek telah gagal dihubungi menyebabka­n mangsa menyedari telah ditipu sebelum membuat laporan polis.

Kedua-dua suspek direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia