Utusan Borneo (Sarawak)

Mesyuarat kali kedua pasukan khas siasatan 1MDB di SPRM Putrajaya

-

PUTRAJAYA: Pasukan Khas Siasatan 1MDB, yang dibentuk bagi menjalanka­n siasatan terperinci berkaitan kes 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB), bermesyuar­at buat kali kedua di ibu pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) di sini, semalam.

Bekas Peguam Negara Tan Sri Gani Patail yang merupakan seorang daripada anggota pasukan petugas khas itu dilihat memasuki bangunan SPRM itu pada kira-kira jam 2.36 petang, untuk menyertai mesyuarat yang difahamkan bermula pada 3 petang.

Selain Gani, turut menyertai pasukan petugas khas itu ialah Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, bekas Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia ( PDRM) Datuk Abdul Hamid Bador.

Kenderaan Abu Kassim dan Gani dilihat keluar dari bangunan SPRM pada kira-kira 4.30 petang.

Abu Kassim ketika ditanya pemberita sama ada pertuduhan sudah disediakan untuk mendakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak esok (hari ini), Abu Kassim menjawab: “Saya tidak akan menjawab soalan ini tapi satu kenyataan akan dikeluarka­n oleh pasukan khas ini nanti.”

Ditanya pula adakah beliau menemui bekas pegawai PetroSaudi Internatio­nal Ltd., Xavier Andre Justo semalam, Abu Kassim menafikan namun menurutnya individu berkenaan telah bertemu dengannya kelmarin tanpa mendedahka­n butiran pertemuan itu.

Justo berada di bangunan SPRM semalam, dan kelibat kehadirann­ya dirakam media tabloid berbahasa Inggeris (The Sun) versi dalam talian. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HADIR MESYUARAT: Abu Kassim keluar dari bangunan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah (SPRM) selepas dipercayai menghadiri mesyuarat Pasukan Khas Siasatan 1MDB yang bermula 3 petang, Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama HADIR MESYUARAT: Abu Kassim keluar dari bangunan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah (SPRM) selepas dipercayai menghadiri mesyuarat Pasukan Khas Siasatan 1MDB yang bermula 3 petang, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia