Utusan Borneo (Sarawak)

Guna wang palsu beli telefon pintar jerat diri sendiri

-

BAGAN SERAI: Tindakan berani dua lelaki membeli telefon pintar menggunaka­n wang palsu yang dicetak sendiri membawa padah apabila kedua-duanya diberkas polis di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata dalam kejadian kirakira jam 3 petang itu, dua suspek berumur 36 dan 26 tahun membeli sebuah telefon pintar jenama Huawei di sebuah premis di Jalan Pasar berharga RM600.

“Setelah suspek keluar dari premis terbabit, pekerja di situ mengesyaki empat keping wang RM100 yang diterimany­a adalah palsu berikutan mempunyai nombor siri yang sama sebelum memberitah­u majikannya yang kemudian memaklumka­n kepada polis di kawasan itu.

“Polis kemudian berjaya mengesan dan menangkap suspek yang pada ketika itu masih berada di sekitar kawasan terbabit dan sedang leka membuat urusan jual beli telefon di sebuah lagi premis yang dimiliki pemilik sama,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, semalam.

Omar Bakhtiar berkata pemeriksaa­n di dalam kereta suspek menemui enam telefon pintar pelbagai jenama, dua komputer riba dan enam botol penyembur lutsinar dipercayai digunakan untuk mencetak wang palsu.

Menurut Omar Bakhtiar, polis telah membuat membuat pemeriksaa­n lanjut di rumah inap desa yang disewa suspek di Taiping dua hari lepas dan menemui 36 keping wang RM100 bersama pelbagai peralatan untuk mencetak wang palsu.

Beliau berkata berdasarka­n pengakuan yang dibuat, modus operandi suspek adalah sering berpindah-randah di seluruh Malaysia bagi menjalanka­n kegiatan mereka sejak tahun lepas dan mampu mencetak 2,000 keping wang palsu sehari.

Katanya kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan seorang daripadany­a baharu keluar dari penjara pada tahun 2016 atas kesalahan sama selain turut dikehendak­i polis atas empat kes sama di Terengganu.

“Kedua-dua suspek direman tujuh hari sehingga 28 Mei untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 489 B Kanun Keseksaan,” katanya.

Selain itu, Omar Bakhtiar berkata polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kerian menahan lima lelaki dan merampas 96.35 gram dadah jenis Methamphet­amine bernilai RM13,580 dalam tiga serbuan berasingan di Alor Pongsu dan Parit Buntar kelmarin.

Beliau berkata kesemua suspek yang ditahan merupakan pengedar dan penagih dadah berumur 30-an dan 40-an serta mempunyai rekod kesalahan dadah.

“Ujian air kencing mendapati kelima-limanya positif dadah Methamphet­amine,” katanya dan menambah mereka kini direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A(1) dan Seksyen 39B akta yang sama. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? OPERASI: Lam (tengah) bersama pegawai menunjukka­n dadah dipercayai jenis heroin seberat 2.27 kilogram pada sidang media di Kuantan, semalam.
— Gambar Bernama OPERASI: Lam (tengah) bersama pegawai menunjukka­n dadah dipercayai jenis heroin seberat 2.27 kilogram pada sidang media di Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia