Utusan Borneo (Sarawak)

Warga Myanmar didakwa cuba rasuah polis marin

-

ALOR SETAR: Seorang buruh kasar warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan memberikan suapan sebanyak RM1,600 kepada seorang penjawat awam, bulan lepas.

Soe Moe Thu, 33, membuat pengakuan bersalah ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Juraidah Abas namun mahkamah tidak merekodkan pengakuan itu sebaliknya menetapkan 10 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatka­n jurubahasa dan pengakuan tertuduh diambil semula.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap Insp. Mohd Yusaini Abu Bakar yang bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Pasukan Polis Marin Langkawi sebagai dorongan untuk melepaskan dirinya dan kesemua mereka yang ditahan daripada melakukan kesalahan menurut Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran 2007 dan Akta Imigresen 1959/1963.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah (1), Persiaran Putra, Kuah, Langkawi pada 3.30 petang, 26 April lalu menurut Seksyen 24 (1) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya SPRM A Hafiizh Abu Bakar manakala tertuduh tidak diwakili peguam. — Bernama KUALA TERENGGANU: Akibat tong gas masak meletup, 14 orang dari dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas dua rumah hangus dalam masa kurang dari setengah jam di Kampung Losong Haji Shafie di sini kelmarin.

Seorang daripada mangsa, Wan Mohd Eliyas Wan Abdul Razak, 43, berkata dia sedang berehat di dalam bilik manakala ibunya, Mahani Omar, 74, berada di ruang tamu apabila dia terhidu bau asap yang kuat dari arah dapur.

“Sebaik sahaja keluar dari bilik saya lihat ibu sudah mahu menerpa ke dapur tetapi tidak berjaya memandangk­an api sudah marak dan merebak ke bumbung rumah. Tanpa berfikir panjang, saya terus membawa ibu keluar menyelamat­kan diri tanpa menyelamat­kan satu pun barang termasuk dokumen penting.

“Rupa-rupanya ibu terlupa menutup dapur gas ketika memanaskan lauk sehingga menyebabka­n tong gas tersebut meletup dan api merebak ke rumah jiran sebelah yang juga saudara kami. Sementara menunggu rumah siap, kami berdua akan tinggal di rumah adik di Kampung Seberang Baruh yang tidak jauh dari sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melawat keluarga malang itu semalam.

Seorang lagi mangsa, Wan Zaini Wan Jusoh, 61, berkata dia yang tinggal bersama empat anak dan enam cucu kini hilang tempat tinggal dan hanya mampu berharap bantuan kerajaan negeri supaya pembinaan rumah baharu untuk keluargany­a dapat disiapkan secepat mungkin.

“Selain makcik dan suami, empat anak serta enam cucu turut tinggal di sini. Untuk sementara waktu kami akan menumpang di rumah anak makcik di Pulau Duyong, tetapi mungkin kurang selesa kerana jumlah kami agak ra- mai. Oleh itu, makcik sangat berharap kerajaan negeri dapat membina semula rumah dengan segera terutama untuk keselesaan cucu yang masih kecil dan ada yang bersekolah,” katanya.

Dalam lawatan itu Ahmad Samsuri menyampaik­an bantuan segera berupa wang tunai dan barangan keperluan termasuk barangan makanan asas, tilam, bantal dan tikar kepada kedua- dua keluarga mangsa dalam kebakaran kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Selain itu, kerajaan negeri juga memperuntu­kkan sebanyak RM100,000 untuk membina rumah baharu bagi kedua-dua keluarga yang dibiayai oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MUSNAH KEBAKARAN: Maznah (kiri) dan cucunya Mohd Faisal duduk di hadapan rumah mereka yang musnah sepenuhnya dalam kebakaran kira-kira 9 malam kelmarin di Kampung Losong Haji Mat Shafie, Kuala Terengganu, semalam.
— Gambar Bernama MUSNAH KEBAKARAN: Maznah (kiri) dan cucunya Mohd Faisal duduk di hadapan rumah mereka yang musnah sepenuhnya dalam kebakaran kira-kira 9 malam kelmarin di Kampung Losong Haji Mat Shafie, Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia