Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tidak akan naikkan harga petrol buat masa ini: Dr Mahathir

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol buat masa ini meskipun harga minyak mentah dunia setakat ini telah meningkat lebih daripada AS$70 setong, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengeru­sikan mesyuarat kabinet pertama di bangunan Perdana Putra, Putrajaya, di sini, semalam.

Berikutan pengumuman itu, harga petrol RON95, RON97 dan diesel masingmasi­ng kekal pada RM2.20 seliter, RM2.47 seliter dan RM2.18 seliter sejak lebih sebulan lalu.

Dr Mahathir berkata Pakatan Harapan melalui manifesto mereka sebelum ini telah berjanji akan menstabilk­an harga minyak dan memperkena­lkan semula subsidi petrol secara bersasar.

“Dasar kami adalah untuk tidak membuat perubahan harga mingguan mengikut pasaran,” katanya.

Sementara itu, berkenaan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), Dr Mahathir berkata kadarnya akan dijadikan sifar tidak lewat daripada 1 Jun, 2018.

Manakala, Cukai Jualan dan Perkhidmat­an ( SST) yang dimansuhka­n pada 1 April 2015, akan dikembalik­an semula untuk menggantik­an GST.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh Kementeria­n Kewangan, tindakan mengembali­kan semula SST ini perlu dilakukan berikutan penguranga­n hasil daripada kutipan GST setelah kadarnya disifarkan.

Langkah ini juga sejajar dengan program pembaharua­n fiskal yang dilaksanak­an kerajaan sekarang, kata kementeria­n itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia