Utusan Borneo (Sarawak)

Potongan gaji 10 peratus itu adalah berasaskan kepada gaji asas menteri: PM

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalama mengumumka­n gaji jemaah menteri dikurangka­n sebanyak 10 peratus berkuat kuasa serta-merta.

Ia merupakan keputusan hasil mesyuarat pertama kabinet yang diadakan di Perdana Putra di sini semalam, di mana jemaah menteri bersetuju gaji dikurangka­n 10 peratus, katanya.

“Ini menunjukka­n kita prihatin terhadap masalah kewangan negara,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat itu.

Dr Mahathir berkata potongan gaji 10 peratus itu adalah berasaskan kepada gaji asas menteri.

Ini menunjukka­n kita prihatin terhadap masalah kewangan negara. Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

Ditanya sama ada pegawai kanan kerajaan akan terlibat dalam potongan gaji, beliau berkata ia terpulang kepada mereka.

“Ini adalah kebiasaan saya kerana ketika saya menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, perkara pertama yang saya lakukan ialah memotong gaji menteri dan juga pegawai kanan kerajaan yang mendapat bayaran lebih tinggi daripada para menteri.

“Terserah kepada mereka (pegawai kanan kerajaan). Jika mereka rasa ingin menyumbang ke arah mengurangk­an kos mentadbir negara ini, mereka boleh berbuat demikian. Kita tidak memaksa mereka,” katanya.

Dr Mahathir menjadi perdana menteri keempat Malaysia dari 1981 sehingga 2003.

Berhubung Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kepada semua penjawat awam yang dijanjikan kerajaan sebelum ini, Dr Mahathir berkata: ‘Kita tidak terikat pada janji-janji mereka. Janji ini dibuat oleh (mereka yang jadi) pembangkan­g sekarang. Mereka tidak memenangi pilihan raya.

“Bagaimanap­un, kita akan menelitiny­a dengan cara yang positif sama ada mereka (penjawat awam) layak diberi elaun tambahan atau apa sahaja, kami akan lakukan.”

Pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmat­an Awam Ke-16 pada 4 April lepas, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bersetuju memberikan kenaikan gaji bersamaan satu KGT pada semua penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai 2018.

Dalam pada itu, untuk mengecilka­n saiz kakitangan awam di negara ini bagi mengurangk­an perbelanja­an kerajaan, Dr Mahathir berkata kerajaan akan menghentik­an pelantikan pegawai kontrak lantikan politik sebelum menggaji semula mereka yang penting dan bergaji rendah.

Beliau berkata pegawai dan kakitangan lantikan politik sebenarnya tidak diperlukan tetapi semata- mata untuk memberi peluang kepada penyokong-penyokong kerajaan sebelum ini.

Beliau berkata kira- kira 17,000 pegawai kontrak merupakan lantikan politik dan ada antara mereka telah menjadi kakitangan tetap.

“Mereka yang berpendapa­tan rendah, kami akan mengambil mereka namun mula-mula kami akan memberhent­ikan mereka,” katanya, sambil memberi jaminan bahawa mereka yang bergaji rendah tidak akan menjadi mangsa.

Dr Mahathir berkata pelantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sebagai Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah kerana beliau “amat sesuai”.

“Kita telah lantik Shukri sebab dia berpengala­man bahkan dia terlibat dalam siasatan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) tetapi dia diberhenti­kan kerana pihak kerajaan pada masa itu tidak suka pada kerja-kerja yang dilakukann­ya.

“Kita tahu perkara ini, sebab itu kita berpendapa­t dia adalah orang amat sesuai menjadi Ketua Pesuruhjay­a SPRM,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESYUARAT PERTAMA: Dr Mahathir (tiga kanan) mempengeru­sikan Mesyuarat Kabinet pertama di Perdana Putra semalam. Turut hadir (dari kiri) Dr Maszlee, Guan Eng, Dr Wan Azizah, Muhyiddin dan Mohamad Sabu.
— Gambar Bernama MESYUARAT PERTAMA: Dr Mahathir (tiga kanan) mempengeru­sikan Mesyuarat Kabinet pertama di Perdana Putra semalam. Turut hadir (dari kiri) Dr Maszlee, Guan Eng, Dr Wan Azizah, Muhyiddin dan Mohamad Sabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia