Utusan Borneo (Sarawak)

BERSIH 2.0 minta tujuh anggota SPR dipecat

-

KUALA LUMPUR: BERSIH 2.0 meminta Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad segera memecat tujuh anggota Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa kehilangan kepercayaa­n awam dan bersubahat dalam salah laku sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

Pemangku Pengerusin­ya Shahrul Aman Mohd Saari berkata pihaknya turut mencadangk­an Perdana Menteri menggantun­g tugas Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dan Timbalanny­a Tan Sri Othman Mahmood bagi menjalanka­n siasatan.

“Walaupun terdapat banyak bukti kukuh dan masalah pengurusan dalam PRU14, tidak ada satu pun anggota SPR mahupun pegawai SPR tampil bertanggun­gjawab.

“Mohd Hashim, Othman dan lima anggota lain sehingga hari ini (semalam) tanpa segan silu memegang jawatan itu dan tidak mahu mengambil tanggungja­wab,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahka­n kertas cadangan Pelan Tindakan Reformasi Pilihan Raya kepada wakil sekretaria­t Jawatankua­sa Reformasi Institusi di bawah Majlis Penasihat Kerajaan, Zawiyah Mohammad Yusof di Menara Ilham semalam.

Shahrul Aman berkata BERSIH 2.0 turut menyeru Jawatankua­sa Reformasi Institusi dan kerajaan segera memberikan perhatian kepada reformasi dan implementa­si berdasarka­n pelan tindakan itu berdasarka­n tempoh 100 hari dan dua tahun berikutnya.

BERSIH 2.0 menekankan tindakan terpenting yang perlu diambil segera adalah untuk mengembali­kan kebebasan dan fungsi SPR kerana tiada perubahan yang akan berlaku jika SPR sedia ada dikekalkan, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUNTUT TINDAKAN: Shahrul (tengah) bercakap pada sidang media selepas menyerahka­n Pelan Tindakan Reformasi Pilihan Raya kepada Jawatankua­sa Pembaharua­n Institusi (IRC) di Menara Ilham di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama TUNTUT TINDAKAN: Shahrul (tengah) bercakap pada sidang media selepas menyerahka­n Pelan Tindakan Reformasi Pilihan Raya kepada Jawatankua­sa Pembaharua­n Institusi (IRC) di Menara Ilham di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia