Utusan Borneo (Sarawak)

Isa Samad diberi seminggu untuk letak jawatan dalam SPAD

-

PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad diberi masa seminggu untuk meletak jawatan secara baik atau akan diberi surat penamatan kontrak susulan pengumuman pembubaran SPAD semalam.

“Memalukan sesiapa itu bukanlah cara saya...jadi saya minta Isa letak jawatan,” kata Menteri Pengangkut­an Anthony Loke kepada kepada pemberita selepas mesyuarat pascakabin­et kementeria­nnya, di sini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mempengeru­sikan mesyuarat pertama kabinet semalam mengumumka­n pembubaran SPAD dan peranannya akan dikembalik­an kepada Kementeria­n Pengangkut­an.

Mengulas pembubaran itu, Loke berkata ia satu keputusan yang logik dan sepatutnya dibuat dari dulu.

“Memandangk­an SPAD tertakluk di bawah Akta SPAD maka undang-undang tersebut perlu dimansuhka­n di Parlimen. Sementara undang-undang belum dimansuhka­n SPAD di bawah tanggungja­wab Kementeria­n Pengangkut­an,” katanya. — Bernama

Selain PM dan Muhyiddin, menteri lain tiada pengalaman tadbir kerajaan persekutua­n

Ada yang baharu pertama kali iaitu penggal pertama dilantik sebagai ahli parlimen terus diberi tanggungja­wab yang besar (menjadi menteri) seperti Dr Maszlee Malik (sebagai Menteri Pendidikan) dan Rina Harun (Menteri Pembanguna­n Luar Bandar), jadi beri masa untuk mereka belajar.

KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta memberi masa sewajarnya kepada barisan menteri yang baharu dilantik untuk membuktika­n kemampuan masingmasi­ng.

Pensyarah Undang- Undang Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata ini disebabkan selain Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, para menteri lain tidak mempunyai pengalaman mentadbir kerajaan persekutua­n.

“Sebahagian mereka seperti Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah lebih 20 tahun duduk di kerusi pembangkan­g dan baharu kini mengalami sendiri pengalaman menguruska­n kerajaan.

“Ada yang baharu pertama kali iaitu penggal pertama dilantik sebagai ahli parlimen terus diberi tanggungja­wab yang besar (menjadi menteri)

Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia

seperti Dr Maszlee Malik (sebagai Menteri Pendidikan) dan Rina Harun (Menteri Pembanguna­n Luar Bandar), jadi beri masa untuk mereka belajar,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Beliau berkata pendekatan yang dibawa kerajaan Pakatan Harapan setakat ini dilihat positif apabila tidak terburubur­u untuk merombak dan membatalka­n program-program kerajaan terdahulu yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Mereka mengambil kira dasar-dasar yang baik yang telah dilaksanak­an dan ini amat dihargai oleh penjawat awam yang terlibat. Rakyat juga gembira kerana mereka bukan semata-mata nak ubah, yang mana baik memang patut diteruskan dan ditambah baik,” katanya.

Selain itu, hasrat yang disuarakan menteri tertentu bagi mengkaji undang-undang sedia ada berkaitan kementeria­n masing-masing menunjukka­n keterujaan mereka untuk membawa perubahan dari segi perundanga­n, namun tindakan itu menurut Shamrahayu perlu dilaksanak­an dengan berhati-hati.

Aktivitis masyarakat Tan Sri Lee Lam Thye pula berkata rakyat perlu bersabar untuk melihat sebarang pembaharua­n kerana menteri yang dilantik perlu mendapatka­n maklumat berkenaan agensiagen­si di bawah kementeria­n mereka terlebih dahulu.

Beliau percaya pemilihan mereka telah dipertimba­ng secara teliti berdasarka­n merit dengan mengambil kira keupayaan dan kelayakan mereka.

Mereka juga dilihat telah bersedia dan bersemanga­t untuk bertugas dan menerajui kementeria­n masing-masing, katanya.

Bagaimanap­un beliau menegaskan kejayaan pelaksanaa­n idea atau dasar baharu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia